Mukhriz sedia terima jika diberi jawatan Kabinet

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan kesediaan beliau untuk menerima apa jua kedudukan sekiranya ditawarkan oleh Kabinet baru Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Mukhriz yang tewas dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda Umno minggu lalu berkata, sekiranya Mohd Najib yang akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri esok merasakan beliau mampu menyumbang kepada kerajaan, beliau bersedia memikul tanggungjawab itu.

"Saya sebenarnya tidak pernah mengejar jawatan dan itu kerap kali saya nyatakan sejak saya bertanding jawatan Ketua Pemuda kerana saya ingin menumpukan kepada kerja-kerja politik memandangkan kita ada dua setengah atau tiga tahun lagi sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Gagalnya saya dalam pemilihan kali ini sebenarnya membuka ruang kepada saya.

"Saya tetap tidak mengejar jawatan itu tetapi sekiranya Datuk Seri Najib fikirkan wajar untuk saya memegang jawatan dan sekiranya melihat saya boleh menyumbang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan parti, saya tetap bersedia untuk menerima tanggungjawab itu," katanya selepas melawat rumah homestay di Taman Ria Jaya di sini, hari ini.

Taman Ria Jaya terletak dalam bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata demikian ketika mengulas cadangan beberapa pihak supaya beliau diberikan tempat dalam Kabinet baru Najib berdasarkan karisma dan kredibiliti beliau.

Ditanya sama ada beliau bimbang jika timbul rasa tidak puas hati di kalangan segelintir pihak sekiranya dilantik memandangkan beliau tewas merebut jawatan Ketua Pemuda, Mukhriz berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu dan menyifatkan ia merupakan perkara biasa dalam politik.

Malah kata Mukhriz, beliau tidak pernah menganggap yang telah tewas kerana objektif untuk membawa perubahan dalam Umno yang dicetuskannya sedang menjadi kenyataan.

"Sebenarnya saya tak rasa macam saya kalah. Mungkin dari segi cita-cita politik saya tidak tercapai tetapi kalau kita lihat objektif saya yang lebih besar yang telah saya cetuskan setahun lalu... ia menjadi kenyataan.

"Pertama, peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah kepada Datuk Seri Mohd Najib yang telah menjadi kenyataan.

"Kedua, saya berharap Tan Sri Muhyiddin (Yassin) akan menang sebagai Timbalan Presiden Umno... itu pun jadi kenyataan.

"Ketiga yang paling penting kepada saya adalah Tun Dr Mahathir Mohamad akan pulang ke pangkuan Umno, Insya-Allah akan menjadi kenyataan dalam sehari dua ini," katanya.

Selain itu katanya, semangat berani berubah yang dicetuskan beliau juga kini disambut dengan begitu baik oleh ahli-ahli Umno.

"Semua perkara yang saya bangkitkan sebelum ini sedang menjadi realiti buat masa ini.

"Kenapa saya perlu berasa kecewa dengan kekalahan dalam pemilihan Ketua Pemuda? Saya tak faham sangat sebabnya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan