Keputusan permohonan kes Nizar diputuskan esok

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan memutuskan esok berhubung permohonan kebenaran yang difailkan bekas Menteri Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk mencabar pelantikan penggantinya oleh Sultan Perak.

Hakim Datuk Aziz Abdul Rahim menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said yang mewakili pejabat Pegauam Negara dan peguam yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah.

Kamaluddin yang membantah permohonan kebenaran itu berhujah bahawa permohonan Mohammad Nizar itu adalah perkara remeh temeh, menyusahkan dan melanggar proses mahkamah kerana pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak tidak boleh dipertikaikan mengikut Undangundang Tubuh Negeri Perak.

"Oleh kerana ia merupakan kuasa mutlak Sultan, keputusan itu tidak boleh dipertikaikan dan tidak layak bagi semakan kehakiman oleh mahkamah ini," kata Kamaluddin.

Katanya pejabat Peguam Negara membantah permohonan kebenaran itu atas alasan pemohon telah mengguna pakai kaedah prosiding yang salah mengikut PeraturanPeraturan Mahkamah Tinggi 1980.

Kamaluddin berhujah Perintah 53 peraturan 2(4) jelas menyatakan sesiapa yang terjejas teruk oleh keputusan manamana pihak berkuasa awam layak untuk mengemukakan permohonan itu.

Beliau berkata dalam prosiding ini, responden (Zambry) ialah seorang individu dan beliau dinamakan secara peribadi, sedangkan hakikatnya beliau bukannya pihak berkuasa awam mengikut ketetapan Perintah 53.

"Jelas bahawa pemohon dalam kes ini tidak boleh memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap responden kerana responden bukannya pihak berkuasa awam," katanya.

Kamaluddin dalam rumusan hujahannya menegaskan bahawa Sultan sebuah negeri merupakan pihak berkuasa awam dan baginda mempunyai kedaulatan dan kuasa mutlak untuk melantik responden sebagai Menteri Besar dan dengan itu tidak boleh disaman atau dicabar dalam mahkamah sivil.

Pada 13 Feb, Mohammad Nizar memfailkan permohonan untuk mencabar kesahihan pelantikan Zamry sebagai menteri besar dan pembentukan kerajaan negeri yang baru.

Beliau juga memohon diisytiharkan yang beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah dan injunksi menghalang Zamry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Sulaiman dalam hujahnya berkata permohonan semakan kehakiman itu bukan terhadap Sultan.

"Mengikut undangu-ndang, keduadua mereka yang dilantik berhak untuk mendapatkan bantuan mahkamah bagi menentukan kedudukan daripada segi undang-undang, pelantikan pihak berkuasa tidak harus terlibat dalam pertikaian ini," katanya.

Sulaiman menegaskan walaupun pemohon masih memegang jawatan itu, responden juga tidak boleh mendakwa beliau adalah Menteri Besar yang sah.

"Tidak boleh ada dua orang yang memegang jawatan Menteri Besar pada masa yang sama," kata Sulaiman.

Katanya pemohon telah terjejas teruk oleh tindakan responden yang tidak mengikut undangundang dan beliau mempunyai hak dan kepentingan untuk memohon semakan kehakiman.

Sulaiman berkata mahkamah bertanggungjawab untuk membetulkan dan mengesahkan kedudukan undangundang dalam pertikaian itu dengan memberikan kebenaran bagi prosiding semakan kehakiman. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan