Kenyataan Pas bukti kurang hormati undang-undang - Syed Hamid

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kenyataan PAS yang tidak akan akur dengan arahan polis melarang manamana pihak mengeluarkan kenyataan bersifat menghasut semasa kempen pilihan raya kecil, menunjukkan parti itu kurang menghormati undang-undang negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata tindakan PAS yang selalunya menjurus kepada "membuat apa yang dia fikir betul dan suka" boleh membawa keadaan tidak menentu dalam negara.

"Kita adakan undangundang, dia (PAS) langgar...kita ambil tindakan dia kata kita zalim dan aniaya," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Asmuni Awi semalam bahawa parti itu tidak akan akur dengan arahan polis yang melarang manamana pihak termasuk calon mengeluarkan sebarang kenyataan atau katakata yang bersifat menghasut semasa berkempen pada pilihan raya kecil.

Dua hari lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira dari parti politik mana, yang didapati mengapiapikan atau mengeluarkan katakata yang dianggap sebagai menghasut.

Terdahulu, Syed Hamid ditemuramah dalam program "Analisis" Radio 24 oleh Penasihat Editorial Bernama Datuk Seri Azman Ujang di Wisma Bernama di sini hari ini.

Menteri itu berkata negara selamat dan sejahtera kerana adanya peraturan dan undangundang yang dibuat berasaskan pengalamanpengalaman lalu dan polis menjalankan tugas mereka berasaskan undang-undang dan peraturan.

"Saya hairan mereka (PAs) punya kempen kata polis zalim. Kalau ada kesalahan dilaporkan pada polis minta ambil tindakan (tapi) pada masa yang sama buat tuduhan pelbagai mengenai polis. Cuba bayangkan kalau institusi polis runtuh, apa jadi (pada negara)," katanya.

Mengenai tuduhan bahawa polis berat sebelah apabila meluluskan lebih banyak permit ceramah kepada Barisan Nasional (BN) pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Syed Hamid berkata pemberian permit adalah berasaskan syarat yang ditetapkan.

"Jangan beri tafsiran negatif seolaholah polis tentukan ceramahceramah ini...polis tak ada kena mengena dengan ceramah politik sama ada (ceramah) BN atau PAS atau parti dalam komponen mereka," katanya.

Mengenai semakin ramai rakyat Malaysia yang dilaporkan menjadi mangsa penipuan sindiket dadah antarabangsa dan akhirnya dipenjarakan di negara asing, Syed Hamid berkata tahun lepas terdapat penurunan dalam keskes ini akibat amaran polis kepada rakyat Malaysia agar berhatihati dengan sindiket sebegini.

Beliau menasihatkan orang ramai, terutamanya golongan muda agar tidak terpengaruh dengan janji untuk menjadi cepat kaya dan pendapatan lumayan oleh warga asing.

Sementara itu, menjawab soalan mengenai agensi di bawah kementeriannya, Syed Hamid berkata agensi berkenaan banyak mengendalikan perkara berkaitan rakyat dan terdedah kepada kritikan mereka, tetapi katanya kebanyakan kritikan dan dakwaan itu tidak benar.

Dalam isu polis menggunakan kekerasan sehingga membawa kematian tahanan, beliau berkata sepertimana orang ramai, polis juga tidak terlepas daripada tindakan jika didapati bersalah melanggar undang-undang.

Mengenai isu lambakan pekerja asing di negara ini yang kini dianggarkan dua juta pekerja asing sah dan kirakira 1.2 juta pekerja tanpa izin, Syed Hamid berkata daripada segi teorinya, ini merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara.

Namun katanya bukan mudah untuk mengurus dan menghantar balik pekerja asing tanpa izin ini kerana ia melibatkan kos tinggi dan memerlukan kerjasama negara asal pekerja.

Mengenai tindakan menggantung permit akhbar Harakah milik PAS dan Suara Keadilan milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama tiga bulan berkuatkuasa 23 Mac lepas serta soal kebebasan akhbar, Syed Hamid berkata setiap kebebasan itu ada hadnya serta tanggungjawab dan demokrasi tidak harus disalahguna demi kepentingan politik. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan