Tarikh rasmi peralihan kuasa: Tunggu kenyataan rasmi - Najib

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tarikh sebenar peralihan kuasa Perdana Menteri kepada beliau daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hanya akan diketahui selepas kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Katanya beliau tidak boleh membuat sebarang ulasan selagi kenyataan rasmi belum dikeluarkan.

"Ini kena tunggu kenyataan rasmi dululah," katanya kepada pemberita selepas melawat Sin Chew Daily di sini semalam.

Najib, yang telah mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah pada perhimpunan agung parti itu minggu lepas, berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin bahawa beliau akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada Jumaat ini.

Abdullah, dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Khamis ini.

Ketika ditanya mengenai kabinet barunya, najib berkata perkara itu hanya akan diputuskan selepas acara angkat sumpah jawatan Perdana Menteri dijalankan.

Ditanya kemungkinan beliau akan memilih calon Umno yang kalah dalam pemilihan Umno lepas untuk membarisi kabinetnya nanti, Najib berkata:

"Ia belum difikirkan lagi."

Pada pemilihan Umno yang lepas, beberapa menteri dan timbalan menteri gagal merebut jawatan dalam Majlis Tertinggi parti menyebabkan seorang daripada mereka menyuarakan hasrat meletakkan jawatan dalam kabinet.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad, antara yang tewas, berkata beliau akan meletak jawatan kabinetnya dengan alasan kekalahan itu menggambarkan beliau tidak cemerlang dalam tugasnya sebagai menteri.

Menteri-menteri lain yang kalah termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Mereka bagaimanapun menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk menentukan kedudukan masing-masing. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan