'Saya tidak akan mengkritik pengganti saya' - Abdullah

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama pengarang media di Seri Perdana. Abdullah berkata beliau tidak akan campur tangan atau mengkritik penggantinya selepas melepaskan jawatannya.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama pengarang media di Seri Perdana. Abdullah berkata beliau tidak akan campur tangan atau mengkritik penggantinya selepas melepaskan jawatannya.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tidak akan mengkritik penggantinya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secara terbuka dalam usaha untuk membawa Malaysia sebagai sebuah negara maju.

"Beliau akan teruskan (dengan projek-projek)... Saya percaya (demikian)... Berdasarkan kepada asas kepercayaan bahawa jika anda melakukan sesuatu yang baik, kalau diteruskan akan membawa kebaikan yang bertambah.

"Saya tidak nampak sebarang alasan kenapa ia perlu dihentikan," kata Abdullah sebelum meraikan editor-editor akhbar arus perdana pada satu jamuan tengah hari di Sri Perdana di sini.

Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri, Najib mungkin melihat adalah wajar untuk melakukan pengubahsuaian program apabila diperlukan.

Ditanya sama ada beliau akan berasa marah jika apa yang telah beliau rancang dan laksanakan tidak diteruskan oleh Najib seperti mana yang berlaku kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, Abdullah berkata:

"Tak ada lah, Saya tak reti marah. Saya tak akan (marah)".

Abdullah berkata beliau meluangkan masa berjam-jam berbincang dengan Najib mengenai banyak perkara mengenai negara sebagaimana yang beliau pernah lakukan semasa dengan Dr Mahathir sebelum ini.

Perdana Menteri berkata beliau tidak akan mengkritik Najib dan akan memberi sokongan penuh kepada Najib kerana beliau sendiri mempunyai peranan untuk dilakukan sebagai Anggota Parlimen.

Ditanya adakah kemunculan bekas Tun Dr Mahathir pada perhimpunan Agung Umno Sabtu lalu meninggalkan kenangan yang tidak dijangkakan oleh beliau, Abdullah berkata:

“Ahli-ahli Umno lebih mengenali saya. Bila sudah tiba masanya, anda perlu pergi. Saya tidak meminta lebih. Tidak perlu ada majlis keraian.”

Abdullah berkata semuanya akan berlaku dengan cepat. Perkara itu bukan sesuatu yang signifikan.

Beliau juga menyifatkan keputusan pilihan raya umum 2004 dan 2008, masing-masing sebagai satu pencapaian cemerlang dan terburuk beliau.

Ditanya apakah hubungannya dengan Dr Mahathir boleh menjadi lebih baik jika kerajaan tidak membatalkan rancangan untuk membina "jambatan bengkok" bagi menggantikan Tambak Johor, Abdullah berkata beliau tidak mempunyai pandangan seumpamanya sebelum keputusan dibuat bagi menghentikan projek berkenaan.

"Kami perlu menimbangkannya... Saya tidak mempunyai prasangka sedemikian mengenainya... bahawa saya akan menghentikannya.

"Inilah satu isu yang dibentangkan di Kabinet berkali0-kali," katanya, dan menambah kata keadaan ekonomi dalam keadaan defisit pada ketika itu.

Abdullah berkata beliau tidak pernah menyesal mempromosikan keterbukaan dan kebebasan semasa pentadbirannya, tetapi beliau mengingatkan bahawa ada batasan dalam perkara itu.

"Semestinya ada batasan moral... atau anda akan melakukan banyak masalah... menimbulkan kekacauan. Semestinya ada kawalan kendiri."

Katanya semua orang harus berfikir sebelum menimbulkan sesuatu perkara secara terbuka kerana "semua orang ada perasaan, ada benda yang kita tidak patut timbulkan".

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan