Pakatan mohon bubar DUN jika Nizar menang

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Pakatan Rakyat tetap akan memohon Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kes saman mempertikaikan kesahihan pelantikan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Menurut PAS ia merupakan ketetapan pihaknya sementara menanti kes itu yang kini didengar Mahkamah Tinggi.

"Jika Nizar menang kes berhubung pelantikan Nizar, kami tidak akan menunggu lama, keesokan kami akan memohon agar Sultan Perak memberi perkenan membubarkan DUN," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Alwi di sini semalam.

Nizar, yang dilantik Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum ke-12, turun daripada jawatan itu selepas kerajaan negeri pimpinanannya jatuh ekoran tindakan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar PKR dan DAP.

Justeru. Nizar memfailkan kes di mahkamah berhubung kesahihan pelantilan Zambry.

Ketika ditanya sama ada Pakatan Rakyat mempunyai majoriti di DUN, Asmuni berkata, perkara itu tidak timbul manakala Nizar masih merupakan Menteri Besar yang sah untuk berbuat demikian.

Awal bulan ini, Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN bawah pokok selepas tidak dibenarkan memasuki premis DUN.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan