Ngeh: Nizar bukan calon boneka DAP di Bukit Gantang

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakili PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang bukan "calon boneka DAP", malah akan menerima sokongan parti itu untuk jawatan Menteri Besar jika memperoleh kerusi majoriti dalam pilihan raya umum akan datang.

Sambil menolak dakwaan Umno dan Barisan Nasional (BN) bahawa Nizar dipilih sebagai calon atas desakan DAP, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata:

"Bila (BN) bercakap mengenai boneka, apa yang dimaksudkan sebagai boneka?"

"Saya tidak melakukan apa-apa untuk agenda peribadi saya? Tidak ada apa-apa. Buktikan jika ada," kata beliau.

"Mereka berbohong," kata Ngeh.

Beliau berkata, orang ramai seharusnya mengadu jika wakil-wakil Pakatan Rakyat malas, tidak cekap dan berasuah.

"Tetapi tiada apa-apa mengenainya. Jadi apa yang dikatakan boneka?" kata beliau selepas menemui penduduk tempatan di Taman Kota Jaya, yang turut dihadiri Nizar.

Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa DAP menerima Nizar selepas partinya tiada calon Melayu meskipun memenangi 18 kerusi DUN, Ngeh berkata:

"Nizar telah membuktikan yang beliau cekap dan baik... jadi, jika kami menang dalam pilihan raya umum akan datang, kami tetap menyokong beliau (sebagai calon Menteri Besar)."

"Kami tidak bercakap mengenai kaum... kami tidak bercakap mengenai DAP mempunyai calon Melayu agar kami boleh menjadi MB.

"Kami bercakap mengenai orang terbaik yang boleh mengetuai negeri dan beliau (Nizar) membuktikan terbaik, lebih baik daripada saya.Beliau bukan merupakan boneka saya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan