Majlis angkat sumpah PM keenam Jumaat ini

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Upacara angkat sumpah Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri keenam dijangka berlangsung Jumaat ini di Balai Rong Seri, Istana Negara.

Difahamkan istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah menyimpan rahsia Najib akan diadakan pada pukul 10 pagi.

Beberapa menteri Kabinet, menteri besar dan ketua menteri telah menerima undangan berkaitan dengan majlis tersebut.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang dihubungi mstar Online turut mengesahkan perkara tersebut.

"Saya terima surat undangan itu pagi semalam. Saya jangka ramai menteri Kabinet sudah terima.

"Insya-Allah saya akan hadir," katanya.

Sementara itu, Najib, Timbalan Perdana Menteri dalam satu sidang media semalam berkata tarikh sebenar peralihan kuasa Perdana Menteri kepada beliau daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hanya akan diketahui selepas kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Katanya, beliau tidak boleh membuat sebarang ulasan selagi kenyataan rasmi belum dikeluarkan.

"Ini kena tunggu kenyataan rasmi dululah," katanya kepada pemberita selepas melawat Sin Chew Daily di sini.

Najib, yang telah mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah pada perhimpunan agung parti itu minggu lepas, berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin bahawa beliau akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Jumaat ini.

Abdullah, dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal pada 2 April.

Esok merupakan mesyuarat akhir Kabinet Abdullah selaku Perdana Menteri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad akan meletakkan jawatannya esok.

Dalam pada itu mengenai tarikh sebenar penyerahan kuasa tampuk kepimpinan negara, Perdana Menteri berkata beliau tidak akan menyatakan apaapa sehingga beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pada Khamis.

Ditanya sama ada beliau berasa tidak mempunyai waktu mencukupi bagi melaksanakan kesemua program yang diusahakannya dalam tempoh enam tahun memegang jawatan Perdana Menteri, Abdullah berkata manifesto pilihan raya umum 2004 mengandungi inisiatif-inisiatif ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.

Abdullah, bagaimanapun, berkata beliau tidak berhasrat untuk memegang jawatan lebih daripada dua penggal atau keseluruhan tempoh sehingga 2020 dan berada dalam satu kedudukan untuk mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

"(Namun) Saya mengharapkan kesinambungan (dalam) kebanyakan perkara yang telah saya mulakan," kata beliau. Satu laporan mengenai inisiatif dan pencapaian kerajaan dari November 2003 hingga Mac 2009 yang diterbitkan Jabatan Perdana Menteri diedarkan kepada media selepas majlis berkenaan. Abdullah terkejut ketika ditanya mengenai rancangannya untuk tinggal dalam kediaman suasana kampung yang dilengkapi perigi selepas beliau bersara. "Mana anda tahu, ada lah perigi tapi perigi tu tak dalam," katanya.

Abdullah juga menyifatkan keputusan pilihan raya umum 2004 dan 2008, masing-masing sebagai satu pencapaian cemerlang dan terburuk beliau.

Abdullah, selaku Pengerusi Barisan Nasional, mengetuai parti pemerintah mencapai kemenangan cemerlang pada pilihan raya umum Mac 2004 selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kelima Malaysia pada Oktober 2003, apabila menang besar di 199 daripada 219 kerusi Parlimen.

Bagaimanapun, parti pemerintah buat pertama kali dalam tempoh 39 tahun kehilangan kemenangan dua pertiga di Parlimen pada Mac tahun lepas dan hilang kuasa memerintah di empat negeri.

Ditanya apakah hubungannya dengan Dr Mahathir boleh menjadi lebih baik jika kerajaan tidak membatalkan rancangan untuk membina "jambatan bengkok" bagi menggantikan Tambak Johor, Abdullah berkata beliau tidak mempunyai pandangan seumpamanya sebelum keputusan dibuat bagi menghentikan projek berkenaan.

"Kami perlu menimbangkannya.. Saya tidak mempunyai prasangka sedemikian mengenainya ... bahawa saya akan menghentikannya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan