Lantik Shahrizat jadi senator, menteri

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang senator hari ini mencadangkan agar Ketua Pergerakan Wanita Umno yang baru Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai Senator dan seterusnya diberi jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Senator Datuk Nor Hayati Onn berkata cadangan itu perlu bagi membolehkan Shahrizat menjadi wakil kepada suara wanita di dalam barisan kepimpinan baru negara yang bakal diterajui Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi.

"Kalau boleh mohon beliau (Shahrizat) memegang kembali portfolio Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu kementerian yang diperjuangkan oleh Wanita Umno," katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang diPertuan Agong pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Selain itu, Nor Hayati turut mencadangkan agar seorang wakil belia dilantik menjadi anggota Dewan Negara bagi mewakili generasi muda menyuarakan pandangan mereka. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan