Kabinet Najib lebih kecil?

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan kabinet baru yang akan diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengambil alih teraju negara daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lama lagi dijangka lebih kecil daripada sekarang.

Penganalisis politik menjangka demikian kerana langkah itu bersesuaian dengan kehendak semasa dan selari dengan hasrat Najib selaku Presiden Umno yang baru yang mahukan barisan kepimpinan yang mantap, cekap dan berintegriti bagi berkhidmat kepada rakyat.

Mereka menjangka beberapa kementerian yang terdapat pertindihan fungsi dan peranan akan digabungkan bagi meningkatkan penyelarasan lebih baik antara agensiagensi bagi mewujudkan jentera pentadbiran yang lebih berkesan dan cekap.

"Dengan pengecilan Kabinet, pembaziran sumber tidak berlaku. Sistem penyampaian juga lebih cekap," kata penganalisis politik Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff kepada Bernama di sini hari ini.

Abdullah dijangka menghadap Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Khamis ini bagi memaklumkan hasrat beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri, sebagai sebahagian daripada proses peralihan kuasa.

Pada masa ini Kabinet mengandungi 29 orang menteri di 27 kementerian termasuk di Jabatan Perdana Menteri selain Perdana Menteri dan timbalannya.

Berdasarkan kepada keadaan semasa, Najib dijangka mengurangkan saiz Kabinet kepada antara 20 dan 24 kementerian iaitu saiz yang ideal bagi sesebuah kerajaan, kata Mohammad Agus.

Pensyarah media dan komunikasi Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah menyokong penstrukturan semula kabinet khususnya bagi protfolio media, komunikasi dan teknologi maklumat.

"Terdapat pertindihan kuasa beberapa kementerian dalam soal ini," katanya yang merujuk kepada pertindihan kuasa di antara beberapa kementerian dalam industri kreatif.

Industri kreatif yang berhubung kait dengan pembangunan budaya dan maklumat kini dipantau, antara lain, oleh Filem Negara (Kementerian Penerangan), Lembaga Penapisan Filem (Kementerian Dalam Negeri), Lembaga Pembangunan Filem Nasional Malaysia (FINAS)(Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi).

Melihat kepada perkembangan itu, Dr Abu Hassan mencadangkan supaya Kementerian Penerangan dikekalkan untuk menjaga pembangunan dan penyampaian maklumat pihak kerajaan melibatkan stesen televisyen dan radio selain Bernama.

Katanya sebuah kementerian khusus perlu diwujudkan bagi memantau institusi mempunyai nilai ekonomi yang mengguna pakai teknologi multimedia dan komunikasi, termasuk filem.

"Penentuan kementerian mesti pragmatik sesuai dengan kehendak semasa," katanya. Sentimen yang sama, menggabungkan kementerian bertindih, turut melibatkan sektor pengangkutan.

"Ketika ini, sektor pengangkutan melibatkan 13 kementerian. Ia akan jadi lebih baik jika dapat diselaraskan," kata Presiden Persatuan PengusahaPengusaha Bas seMalaysia (PMBOA) Datuk Mohamed Ashfar Ali.

Ahli politik veteran Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata penentuan barisan kabinet sama ada dikecilkan saiznya atau sebaliknya, terletak pada bidang kuasa Perdana Menteri.

Mengakui tidak guna mempunyai banyak kementerian tetapi tidak efektif, Abu Zahar berkata barisan Kabinet yang akan diumumkan akan menggambarkan corak kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri.

"Ia akan menjadi perkara pertama dinilai rakyat," katanya sambil menjelaskan bahawa penilaian itu juga menggambarkan penerimaan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional selaku parti pemerintah.

Mohammad Agus berkata pemilihan barisan Kabinet akan mempengaruhi hala tuju negara sekurangkurangnya bagi tempoh beberapa tahun akan datang sebelum rakyat membuat penilaian pada pilihan raya umum ke-13.

"Kabinet bukan tempat Perdana Menteri mencari populariti tapi menentukan barisan kepimpinan berkeupayaan dan berintegriti untuk menjalankan amanah yang diberikan rakyat," kata penganalisis politik itu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan