Zambry: Nizar rancang insiden 'rampas' mikrofon di Masjid Simpang

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir percaya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah merancang untuk menimbulkan suasana tidak senang di Masjid Simpang malam kelmarin ketika Barisan Nasional (BN) menganjurkan majlis solat hajat dan bacaan Yassin.

Ketika ditemui lewat petang semalam, Zambry berkata, pihaknya yakin bekas Menteri Besar itu sedia mengetahui bahawa BN sedang mengadakan majlis khas di masjid tersebut tetapi sengaja bertindak menyampaikan ucapan.

"Walaupun Nizar berkata telah dijemput oleh imam masjid, bagi saya ini satu adalah tindakan yang telah dirancang awal oleh Nizar," kata Zambry.

Kata Zambry, tidak dapat dinafikan bahawa Nizar boleh mengimamkan solat dan seterusnya menyampaikan ucapan mentafsir ayat-ayat yang diucapkan sebagaimana pernah dilakukan sebelum ini.

"Bagaimanapun ketika itu, pada majlis anjuran BN, ada ramai pemimpin termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden Umno)... sekurang-kurangnya beliau hormati tetamu majlis dan mengelakkan suasana tidak senang," kata beliau yang turut menekankan bahawa Nizar seharusnya telah mengelak daripada berucap walaupun diminta oleh imam.

Menurut Zambry, Muhyiddin dalam reaksinya kepada beliau telah melahirkan rasa 'tidak senang' dengan kejadian itu. Malah, sebagai kawan, Zamby berkata, beliau juga ada menyatakan pandangan kepada Nizar bahawa beliau tidak seharusnya berbuat demikian.

Semalam Nizar, bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS kerusi Parlimen Bukit Gantang menegaskan, beliau "tidak merampas" kuasa ketika majlis membaca Yassin dan solat berhajat di Masjid Simpang.

Sebaliknya, kata Nizar, beliau telah diundang oleh imam Masjid Simpang untuk berucap menjelaskan ayat-ayat yang dibacakan semasa mengimamkan solat Maghrib.

Kata Nizar, apabila beliau meminta mikrofon untuk menyampaikan ucapan tafsiran ada pihak yang membantah dengan alasan ia bukan tempat untuk berpolitik.

"Bagi mengelakkan suasana kecoh, saya memutuskan untuk tidak meneruskannya dan kemudian meninggalkan masjid... apa terjadi selepas itu saya tidak tahu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan