Shahrir akan serah surat letak jawatan esok

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad akan menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai menteri kepada Perdana Menteri esok.

Beliau berkata surat berkenaan sudah disiapkannya semalam dan ia akan diserahkan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa mesyuarat Kabinet.

"Saya tidak mempunyai sebarang penyesalan malah berpuas hati dengan apa yang telah berlaku dalam kementerian ini semasa saya menjadi menterinya selama setahun.

"Semasa menjadi menteri saya merasa gembira. Apa yang penting ialah saya berjaya mengubah kementerian yang sebelum ini lebih dilihat sebagai badan penguatkuasa sematamata kepada kementerian yang bercirikan ekonomi disamping pendekatannya yang mesra pengguna," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Negara hari ini.

Shahrir pada Khamis lalu mengumumkan mahu meletak jawatan setelah beliau gagal mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) pada persidangan agung Umno yang berakhir Sabtu lepas.

Beliau hari ini berkata peletakan jawatan oleh seorang menteri bukan merupakan perkara baru kerana ia sudah lama berlaku.

"Ini adalah perkara biasa dalam parti apatah lagi bagi saya, prasyarat untuk berada dalam kabinet adalah perlu mendapat sokongan daripada ahli parti. Apabila menteri kabinet gagal dalam pemilihan, sama ada mereka akan digugurkan atau meletak jawatan sendiri, itu perkara biasa.

"Kegagalan saya memenangi jawatan MT menunjukkan ahli parti tidak menerima prestasi saya sebagai wakil Umno dalam kerajaan," kata Shahrir.

Sementara itu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta beliau menimbangkan semula keputusannya itu.

Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata Shahrir tidak wajar meletak jawatan kerana banyak idea dan inisiatif beliau yang bermanfaat kepada pengguna masih belum terlaksana.

"Beliau telah menunjukkan prestasi yang baik sebagai menteri dalam menangani isu kepenggunaan semasa dan keputusan beliau untuk meletak jawatan akan merugikan masyarakat pengguna," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan