Pengeluaran kereta 2009 merosot 20 peratus -Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengeluaran keseluruhan kenderaan dijangka merosot 20 peratus kepada 480,000 unit pada thun ini, daripada 550,000 unit yang dicatatkan pada 2008, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya kemerosotan itu dijangka berpunca dari jangkaan keyakinan pengguna yang semakin menurun dan pengetatan kredit oleh bank.

"Krisis kewangan global dan kemelesetan ekonomi semasa telah memberi kesan kepada industri automotif di seluruh dunia dan syarikat automotif di seluruh dunia sedang mengalami kesukaran yang teruk, katanya di majlis perasmian Bilik Pameran Naza Italia di sini hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan kini sedang berusaha untuk membantu industri kenderaan motor semasa krisis ekonomi sekarang ini serta memastikan pembangunan berterusan industri itu, dengan menyediakan peruntukan tambahan RM200 juta kepada tabung pembangunan automotif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua. Mengenai Dasar Automotif Negara (NAP), dalam usaha meningkatkan lagi usaha dan menggalakkan pembangunan industri itu, katanya kerajaan kini sedang menyemak semula dasar itu.

"Perundingan sedang dilakukan di kalangan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan serta persatuan industri itu bagi memastikan NAP menyumbang secara berkesan ke arah pembangunan industri itu," katanya.

Muhyiddin berkata semakan semula itu akan menambah baik lagi garis panduan, dasar dan insentif sedia ada, dengan mengambil kira impak keadaan ekonomi global dan serantau. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan