Najib mahu faham aspirasi semua kaum - Berita Semasa | mStar

Najib mahu faham aspirasi semua kaum

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebagai anggota pentadbiran kerajaan, beliau mahu memahami aspirasi dan cita rasa semua komuniti di negara ini.

Najib, yang bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripda Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak lama lagi berkata, adalah penting untuk memahami perkara itu bagi membolehkan beliau menilai keperluan pelbagai kaum di negara ini.

Beliau berkata demikian selepas lawatan ke kumpulan akhbar Sin Chew Jit Poh, dekat sini, hari ini. Najib sebelum itu meluangkan masa sejam setengah untuk bertemu dan bertukar pendapat dengan pengarang-pengarang kanan kumpulan akhbar berkenaan.

Mengulas mengenai lawatan itu, Najib berkata kesinambungan kerjasama dengan pengamal media, termasuk kumpulan akhbar Sin Chew yang mempunyai edaran akhbar terbesar dalam bahasa Mandarin di negara ini, penting bagi membolehkan beliau lebih memahami aspirasi masyarakat Cina khususnya.

Katanya di samping bertujuan memulakan hubungan dengan lebih dekat dengan penerbitan akhbar Mandarin, lawatan itu juga memberi kesempatan kepadanya untuk menerangkan beberapa perkara termasuk Konsep Satu Malaysia.

Ketika ditanya sama ada lawatan itu merupakan satu isyarat kemungkinan Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar akan dikaji semula, Najib berkata, perkara itu akan diputuskan selepas beliau mengambil alih pentadbiran kerajaan. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan