Kabinet Abdullah perlu letak jawatan, cadang Senator Akhbar Ali

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seluruh barisan kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dicadang meletak jawatan sebagai langkah perubahan.

Senator Datuk Akbar Ali berkata ini bagi membolehkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri memilih barisan kabinetnya sendiri.

"Kalau boleh saya sarankan seluruh kabinet Pak Lah letak jawatan bagi membolehkan Datuk Seri Najib melantik pasukan kabinet baru dengan 100 peratus kebebasan.

"Bukan kerana tanda hilang keyakinan kepada Perdana Menteri tetapi sebagai satu perubahan kepada kabinet baru," katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang diPertuan Agong pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau juga berharap kabinet yang bakal dibentuk Najib akan dapat mengubat penyakit yang dihadapi rakyat iaitu hilang keyakinan yang kini menjadi "virus pembunuh".

"Oleh itu kita setuju dengan empat kriteria yang digariskan Datuk Seri Najib berhubung barisan kabinet iaitu setia, integriti, cekap dan berdedikasi. Lihat nanti bagaimana Najib dapat menggembeleng semua kebijaksanaan (beliau dan barisan kabinet baru)," katanya.

Beliau berharap dengan pelantikan Najib, sesuatu yang lebih baik dan suntikan baru akan berlaku kepada negara.

"Ramai di antara kita telahpun merasa harapan tinggi seolaholah ada rasa keramat yang baru, ada aura tersendiri. Saya jangka berlaku suntikan baru. Rakyat taruh harapan kepada Najib kerana beliau diyakini merupakan seorang pemimpin berwibawa," katanya.

Sementara itu, Senator Ahamat @ Ahamad Yusop pula mengharapkan barisan kepimpinan baru negara bersikap lebih kreatif dalam mentadbir negara dan menyelesaikan segala isu termasuk kegawatan ekonomi dan krisis kewangan.

"Tahun 2009 merupakan tahun yang amat genting lagi getir lantaran krisis ekonomi dunia yang melanda negara. Justeru, saya tuntut para pemimpin negara lebih berhemah agar negara tidak terjerumus ke lembah kehancuran," katanya.

Senator Tan Sri Mohamed Jins Shamsudin pula menyatakan sokongan penuh beliau kepada Najib yang bakal mengemudi negara.

"Saya memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Najib yang akan menjadi Perdana Menteri keenam. Ini semua akan berlaku dalam masa terdekat," katanya. Persidangan Dewan disambung esok. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan