Umno Kelantan cadang undian online di 191 bahagian

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Umno Kelantan mencadangkan sistem pemilihan secara online diperkenalkan bagi membolehkan 60,000 ahli diperingkat bahagian dengan mesyuarat kesemua 191 bahagian di seluruh negara diadakan secara serentak.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata dengan prasarana yang terdapat di negara ini, sistem berkenaan tidak mustahil untuk diperkenalkan sesuai dengan perubahan yang diinginkan oleh ahli.

"Tak mustahil untuk kita adakan proses pengundian secara serentak di kesemua bahagian di seuruh negara.

"Kita boleh gunakan kaedah 'e-vote', ianya lebih cepat dan berkesan," katanya kepada mStar Online.

Semalam Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau berjanji untuk melakukan beberapa perubahan besar dalam parti bagi memastikan kelangsungan berterusan Umno pada masa hadapan.

Antaranya ialah mengubah sistem pemilihan parti dengan hak menentukan kepimpinan tertinggi Umno tidak lagi terletak di tangan kira-kira 2,600 perwakilan semata-mata.

Mengulas lanjut Annuar berkata, kesemua 14 bahagian Umno Kelantan memberikan sokongan padu berhubung langkah itu kerana saranan supaya hak memilih barisan kepimpinan tertinggi parti dibuka dengan meluas kepada ahli adalah resolusi yang dicapai dalam retreat Umno negeri yang diadakan pada Februari lalu.

"Kami menyokong penuh pembaharuan yang akan dilakukan oleh Datuk Seri Najib itu.

"Lagipun perkara itu sememangnya telah dipersetujui dan telahpun dicadangkan oleh Umno Kelantan, jadi kami rasa amat berpuas hati kerana cadangan itu diberi perhatian dan diperhalusi," katanya.

Katanya pemilihan secara serentak di semua bahagian dapat membendung masalah politik wang bagi melahirkan barisan pemimpin yang benar-benar diterima di peringkat akar umbi.

"Politik wang ini wujud kerana sistem yang kita amalkan itu tidak baik...ia datang bersama dengan sistem.

"Jadi kalau kita nak hapuskan politik wang, kita perlu betulkan sistem," katanya.

Tambah beliau, dengan jumlah pemilih yang ramai di seluruh negara, sukar bagi seseorang individu itu untuk melobi bagi mendapatkan undi.

"Bila jumlah (pengundi) yang nak mengundi itu ramai, peluang untuk melobi dan sogokan juga tiada," katanya.

Bagaimanapun Annuar berkata proses perbincangan secara menyeluruh perlu diadakan antara pengurusan parti dengan kesemua bahagian untuk mengkaji pelaksanaannya.

"Pihak bahagian perlu dilibatkan dalam soal ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan ataupun percanggahan pendapat sebelum ia dilaksanakan.

"Kemudian satu resolusi harus dicapai hasil perbincangan secara menyeluruh tersebut," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan