Nizar, isu derhaka dominasi kempen di Bukit Gantang

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang menjurus kepada isu krisis politik di Perak dengan memfokus kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ceramah-ceramah anjuran Barisan Nasional (BN) khususnya Umno malam tadi menyifatkan Nizar sebagai penderhaka institusi raja termasuk Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat pula dilihat sebagai boneka Amerika Syarikat (AS). Malah PAS didakwa menurunkan Nizar sebagai calon atas kehendak DAP.

Exco Pemuda Umno, Lokman Adam berkata, Nizar merupakan calon yang dipilih oleh DAP dan melambangkan "satu penderhakaan kepada Sultan."

"Kalau mengundi Nizar bermakna memilih orang yang mahu menderhaka dan menghina raja, kawan baik kepada Karpal Singh (Pengerusi DAP) dan Lim Kit Siang (Penasihat DAP)," katanya pada majlis pidato perdana di kawasan Changkat Jering dekat sini malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohamad Noor yang menyertai Umno Jun lalu dan Ahli Dewan Undangan Negeri Trong, Datuk Rosli Hussin yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang serta Pegawai Khas kepada Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

Rosli pula berkata, Nizar bertanding "atas perasaan marah (kerana hilang kuasa sebagai Menteri Besar), bukan kerana mahu berkhidmat (untuk rakyat)."

"Kalau dipilih, yang mana beliau akan berikan khidmat...yang tua (kawasan DUN Pasir Panjang) ataupun yang muda (Parlimen Bukit Gantang)," kata beliau.

Nizar juga merupakan ADUN Pasir Panjang.

Dalam pada itu, Nizar berkata, beliau sudah menjangkakan pendekatan ini yang disifatkannya sebagai "pembunuhan karakter."

"Ini bukan berlaku sekarang tapi dari awal lagi dah lama berlaku...ini sudah digunakan oleh Umno sejak 5 Februari lalu (sejak kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat berakhir)," katanya ketika ditemui pagi ini. Justeru kata Nizar, beliau tidak tertekan dengan penggunaan isu berkenaan, "sebaliknya bersemangat dan terhibur."

Di Bukit Gantang, Nizar berhadapan dengan saingan calon BN, Ismail Saffian dan wakil Bebas, Kamarul Ramizu Idris.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan