Tun Mahathir iktiraf pucuk pimpinan baru Umno - Najib - Berita Semasa | mStar

Tun Mahathir iktiraf pucuk pimpinan baru Umno - Najib

Diterbitkan: Ahad, 29 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IKTIRAF BARISAN KEPIMPINAN BARU UMNO..Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengiktiraf barisan kepimpinan Umno yang baru dipilih. Foto THE STAR Oleh KAMARUL ARIFFIN.
IKTIRAF BARISAN KEPIMPINAN BARU UMNO..Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengiktiraf barisan kepimpinan Umno yang baru dipilih. Foto THE STAR Oleh KAMARUL ARIFFIN.

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan hasrat bekas perdana menteri dan presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad kembali semula ke dalam Umno sebagai pengiktirafan kepada barisan pucuk pimpinan Umno yang baru.

"Kehadiran Tun (Dr) Mahathir menunjukkan wujudnya penyatuan kembali anggota serta kesepaduan baru dalam parti ini dan diharapkan ini akan menyemarakkan parti untuk mengorak langkah ke hadapan dengan agenda pembaharuan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Umno 2008 yang berlangsung selama lima hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dr Mahathir hari ini berkata beliau akan kembali menyertai Umno dan akan mengumumkan tarikh itu pada satu masa yang sesuai 'selepas beberapa perkembangan'.

Sebelum itu, beliau dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali membuat kejutan, apabila hadir untuk mengikuti sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka, PWTC.

Bekas perdana menteri itu tiba kira-kira pukul 12.30 tengah hari sewaktu ucapan penggulungan Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin, lantas disambut dengan tepukan gemuruh para anggota perwakilan.

"Saya percaya Tun boleh memberi pandangan dan nasihat dari masa ke semasa. Sebab itulah saya dah ajukan untuk berjumpa keduadua mereka (Dr Mahathir dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) untuk berbincang masa depan parti dan negara," kata Najib.

Ditanya sama ada beliau akan memberi apaapa peranan kepada Dr Mahathir dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas menjadi Perdana Menteri, Najib berkata:

"Akan ada peranan tertentu tetapi kami akan bercakap mengenainya kemudian. Saya belum lagi mengambil alih jawatan. Kenapa anda cepat membuat kesimpulan?" BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan