Proses penamaan calon sedang berlangsung

Diterbitkan: Ahad, 29 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penamaan calon bagi tiga pilihan raya kecil serentak - masing-masing satu di Perak, Kedah dan Sarawak - diadakan pagi ini.

Proses penamaan calon sudah bermula pada pukul 9 pagi tadi hingga pukul 10 pagi.

Bagaimanapun lokasi-lokasi penamaan calon sudah mula dibanjiri ribuan penyokong parti-parti politik yang bertanding dengan laungan semangat sejak 6.30 pagi tadi.

Tiga kerusi yang terlibat ialah Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah dan Batang Ai, Sarawak.

Daripada tiga kerusi tersebut, fokus tertumpu ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau jika diambil kira krisis politik di Perak dan punca yang membawa kepada kekosongan.

Kerusi Bukit Gantang dan Batang Ai kosong kerana kematian manakala Bukit Selambau menyaksikan pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau ekoran wakil rakyatnya meletakkan jawatan.

Bekas ahli Parlimen Bukit Gantang, Allahyarham Roslan Shahrum meninggal dunia pada 9 Februari dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, mendiang Datuk Dublin Unting meninggal dunia pada 24 Februari lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika dihubungi pagi tadi berkata, pihaknya mengharapkan perjalanan proses penamaan calon yang aman dan lancar.

Sambil mengharapkan penyokong-penyokong parti politik tidak beremosi ketika penamaan calon, beliau berkata, pihaknya berharap suasana ketika di Kuala Terengganu Januari lalu dikekalkan.

"Suasana ketika penamaan calon pilihan raya kecil Kuala Terengganu adalah paling aman dan tenang, ia merupakan tanda aras," kata beliau kepada mStar Online.

Dalam pada itu, di Sungai Petani seramai 10,000 penyokong calon-calon yang bertanding dijangka membanjiri kawasan di sekitar pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.

Berbanding dua lagi proses penamaan calon yang akan diadakan esok, DUN BUkit Selambau akan mencipta sejarah dalam rekod pilihan raya negara kerana 14 calon dijangka akan bertanding dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 7 April ini.

Perkara itu turut diakui oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam.

Katanya, jumlah calon terbanyak yang pernah dicatatkan sebelum ini adalah tujuh orang iaitu di kawasan DUN di Sabah pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Barisan Nasional (BN) telah menamakan Datuk S Ganesan daripada MIC untuk mewakili parti itu makakala Pakatan Rakyat akan diwakili S Manikumar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sementara itu, 12 lagi yang bakal bertanding adalah atas tiket Bebas.

Proses penyerahan borang akan berlangsung selama sejam bermula pukul 9 pagi.

Jumlah pemilih berdaftar bagi kawasan ini yang diwartakan oleh SPR pada 18 Februari lalu adalah 35,125 pemilih biasa dan 15 pemilih pos.

Sebanyak 22 pusat pengundi dan 64 saluran akan dibuka pada hari mengundi 7 April depan.

Pilihan raya kecil itu berikutan peletakan jawatan ADUNnya, V Arumugam daripada PKR.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan