Azalina serah pada PM baru tentukan jawatan menteri

Diterbitkan: Ahad, 29 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said menyerahkan kepada kepimpinan baru kerajaan untuk menentukan jawatan menteri yang beliau sandang sekarang berikutan kegagalannya dalam perebutan jawatan Majlis Tertinggi Umno.

Azalina berkata beliau akan akur dan menerima sebarang keputusan yang dibuat terhadap kedudukannya dalam kabinet.

"Bergantung kepada budi bicara Perdana Menteri yang baru untuk membuat keputusan. Saya serahkan kepada beliau dan saya tiada masalah untuk menerima keputusannya," kata beliau kepada pemberita selepas menerima Ijazah Doktor Kehormat University Of Southern Queensland Australia di sini hari ini.

Penganugerahan ijazah itu sebagai penghargaan terhadap sumbangan cemerlang beliau dalam pembangunan belia dan dediksi dalam memberikan khidmat kepada rakyat.

Bagaimanapun, Azalina berkata sekarang ini beliau masih lagi Menteri Pelancongan dan akan terus menjalankan tugas serta tanggungjawabnya.

"Saya juga masih Ketua Umno Bahagian Pengerang dan Anggota Parlimen Pengerang Johor dan akan meneruskan tugas serta tanggungjawab itu," katanya.

Pada Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ketika menggulung perbahasan pada hari akhir perhimpunan itu, Abdullah mengumumkan akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Khamis ini untuk memaklumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Azalina berkata perdana menteri yang baru nanti mempunyai kuasa mutlak dalam membuat keputusan mengenai barisan baru Kabinet. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan