20 tanding tiga pilihan raya kecil, 15 di Bukit Selambau

Diterbitkan: Ahad, 29 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (dua, kiri)menjulang tangan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Datuk S. Ganesan (dua, kanan) selepas penyerahan borang penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.
NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (dua, kiri)menjulang tangan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Datuk S. Ganesan (dua, kanan) selepas penyerahan borang penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.

PETALING JAYA: Tiga pilihan raya kecil serentak - di Perak, Kedah dan Sarawak - menyaksikan 20 calon bertanding termasuk seramai 15 orang merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Daripada tiga kerusi yang dipertandingkan, 15 turun gelanggang Bukit Selambau dan tiga di kerusi Parlimen Bukit Gantang manakala dan dua lagi di DUN Batang Ai.

Ini kali pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini sehingga 15 orang bertanding.

Jumlah teramai sebelum ini ialah lapan calon pada pilihan raya umum negeri di Sabah.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang, menyaksikan saingan tiga penjuru antara bekas Setiausaha dan Ketua Penerangan Umno Bukit Gantang, Ismail Saffian (BN); bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Kamarul Ramizu Idris (Bebas).

Nizar juga merupakan ADUN Pasir Panjang.

Kamarul merupakan seorang usahawan berusia 41 tahun dari Taiping.

Pada sidang media di bangunan Majlis Perbandaran Taiping, Taiping selepas proses penamaan calon berakhir, Nizar menganggap pilihan raya kecil ini sebagai referendum ekoran krisis politik yang membawa kepada tumbangkan kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat awal bulan lalu.

Bagaimanapun Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassan pula berkata, pilihan raya kecil ini bukan satu refendum sebaliknya satu peluang merampas kembali kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Dalam pilihan raya umum lalu, kerusi itu dimenangi oleh calon PAS yang meninggal dunia awal bulan lalu.

Calon BN, Ismail pula berkata, beliau sudah bersemangat untuk menemui pengundi bagi mendapatkan sokongan.

"Saya anak tempatan dan kenal rapat budaya tempatan... jadi tidak nampak sebab mengapa saya tidak boleh mendapat mandat penduduk sini," katanya.

Kamarul pula berkata, pihaknya mahu memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memilih wakil rakyat di sebalik kemelut politik semasa.

Status sah ketiga-tiga calon ini diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Datuk Mahmud Morsidi pukul 11.26 pagi tadi.

Penamaan calon berlangsung dari pukul 9 pagi selama sejam dan disusli oleh sesi bantahan yang menyaksikan tiga bantahan dibuat iaitu satu ke atas calon BN dan dua lagi ke atas calon Bebas.

Pilihan raya kecil kawasan DUN Batang Ai menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

BN meletakkan muka baru Malcom Mussem Lamoh, 49, yang akan berdepan dengan Jawah Gerang, 55, dari PKR, bekas Ahli Parlimen Lubok Antu bagi lima penggal.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Nelson Mujah Girie membuat pengumuman itu di Kompleks Sukan Lubok Antu di sini pada pukul 11 pagi.

Kerusi kawasan itu kosong berikutan kematian penyandang kerusi dari BN bagi empat penggal, Datuk Dublin Unting Ingkot, yang juga Pembantu Menteri Sukan dan Pertanian Sarawak dan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), pada 24 Februari lalu akibat serangan angin ahmar.

Sementara itu seramai 15 calon bertanding merebut kerusi DUN Bukit Selambau.

Berdasarkan kedudukan calon atas kertas undi, mereka terdiri daripada R. Loganathan (guna simbol Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci), Radzi Md Lazim (Kerusi), S. Manikumar (PKR) dan Mohd Fazil Abdul Wahab (Kepala Harimau).

Calon lain ialah Abdul Rahim Abdul (Jam Loceng), L.Sarala (Basikal), S. Ganesan (BN), A. Jayagopal (Payung), S. Mogankumar (Buku), Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaacob (Bas), M. Vaneson (Ikan), Anuar Abdul Hamid (Telefon) dan T. Chandrarajah (Kapal Terbang).

Pengundian akan diadakan 7 April ini.

BERITA TERDAHULU

Sesi bantahan 3 pilihan raya kecil berakhir

PETALING JAYA: Sesi bantahan bagi ketika-tiga kawasan pilihan raya kecil bagi kawasan Parlimen Bukit Gantang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan Batang Ai yang berlansung selama sejam telah berakhir.

Kini proses penelitian bantahan sedang berlangsung dan status kedudukan calon sama ada boleh bertanding atau tidak akan diumumkan menjelang tengah hari.

BERITA TERDAHULU

Sesi serah borang penamaan calon berakhir

PETALING JAYA: Sesi penyerahan borang penamaan calon bagi tiga pilihan raya kecil yang berlangsung selama sejam sudah berakhir.

Pada ketika ini sesi bantahan terhadap penamaan calon dibuka dan akan berlangsung selama sejam sehingga pukul 11 pagi.

Pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping manakala bagi Bukit Selambau, pusat penamaan calon ialah di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1 dan Batang Ai di Kompleks Sukan Lubok Antu.

Bagi kawasan pilihan raya Parlimen Bukit Gantang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima borang penamaan calon daripada tiga orang.

Mereka terdiri daripada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakili PAS dan Pakatan Rakyat; calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian dan calon bebas, Kamarul Ramizu Idris.

Dalam pada itu SPR menerima borang penamaan calon daripada 15 orang bagi kerusi DUN Bukit Selambau.

Mereka termasuk calon BN dan PKR mewakili Pakatan Rakyat.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan