Peruntukan tambahan RM200 bilion bagi bajet 2010 - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Kerajaan berkemungkinan memperuntukkan kirakira RM200 bilion lagi di bawah Bajet 2010, menjadikan peruntukan menjana ekonomi negara mencecah sekitar RM470 bilion bagi tempoh dua tahun.

Ini berikutan pengumuman peruntukan RM206 bilion di bawah Bajet 2009 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta dua pakej rangsangan masingmasing berjumlah RM7 bilion dan RM60 bilion yang diumumkan Timbalan Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan, yang dinobatkan sebagai Presiden Umno yang baru, berkata kerajaan yakin usahausaha melalui empat kumpulan peruntukan itu berjumlah sekitar RM470 bilion akan mampu untuk menjanakan ekonomi dengan lebih baik.

"Walaupun begitu, keberkesanannya masih bergantung kepada situasi ekonomi luar negara," katanya ketika menggulung perbahasan usul ekonomi di Perhimpunan Agung Umno 2008 di sini hari ini.

Perbahasan usul ekonomi berlangsung semalam dengan pelbagai isu antaranya berkaitan krisis ekonomi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ketelusan perbelanjaan di bawah keduadua Pakej Rangsangan, diutarakan.

Najib turut memaklumkan satu laman web khas mengenai pemantauan dan perbelanjaan pakejpakej rangsangan akan dilancarkan dalam masa dua minggu lagi.

"Semua orang boleh mengakses laman web ini, menjadikan usaha kita terbukti telus dan terbuka. Ini semua dilakukan kerana keprihatinan terhadap tanggungjawab agar setiap sen dibelanjakan sampai kepada sasaran rakyat yang memerlukannya," katanya.

Kerajaan sebelum ini telah menubuhkan Unit Pengurusan Projek bagi memastikan pelaksanaan keduadua Pakej Rangsangan itu berjalan lancar dan mengikut jadual.

Najib berkata sejumlah RM1.5 bilion akan dibelanjakan sehingga akhir bulan hadapan dan RM2.5 bilion sehingga akhir bulan Mei.

"Ia akan melibatkan lebih kurang 32,000 projek pembangunan yang akan melibatkan kontraktor kelas F, yang juga penyokong kuat setia Umno."

Mengenai syarikat berkaitan kerajaan (GLC), beliau turut memperbetulkan dakwaan bahawa terdapat seorang Lembaga Pengarah terlibat dengan 60 buah syarikat.

"Saya telah memeriksa perkara ini. Ini adalah tidak mungkin disebabkan mengikut peraturan terkini, seseorang hanya boleh menjawat 10 jawatan ahli lembaga pengarah dalam syarikat yang tersenarai dan 15 jawatan dalam syarikat sendirian berhad.

"Kalau ada, beritahu saya, saya tidak akan membenarkan perkara ini berlaku," katanya dan disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Najib berkata kerajaan akan meneruskan programprogram untuk kesejahteraan rakyat seperti jaringan keselamatan sosial di tengahtengah ekonomi yang sukar.

Katanya pada tahun ini sahaja kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM27.9 bilion subsidi antaranya bagi petrol, diesel, gas memasak, gandum, roti, gula, tepung, beras, buku teks, biasiswa, pendidikan, kesihatan, kebajikan, dan tol lebuh raya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan