Menang lima kerusi MT Umno, bukti Sabah tidak dipinggir

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dakwaan pembangkang yang mengatakan masyarakat dan pemimpin dari negeri Sabah dipinggirkan daripada pimpinan kerajaan Pusat di semenanjung jelas tidak berasas dengan pemilihan lima pemimpin dari negeri itu bagi menyertai barisan kepimpinan di peringkat Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Naib Presiden Umno yang baru, Datuk Seri Shafie Apdal menyifatkan kemenangan lebih ramai pemimpin dari negeri Sabah dalam MT Umno sebagai satu penghargaan diatas sumbangan rakyat Sabah dalam usaha memperkuatkan parti.

"Ini satu pengiktrafan dan satu penghargaan di atas sumbangan Sabah bukan hanya untuk memperkuatkan parti Umno malah BN (Barisan Nasional).

"Ia juga menidakkan pandangan orang lain...pembangkang yang katakan kita dianak tirikan, nampaknya apa yang mereka katakan tidak benar," katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Dalam pemilihan bagi jawatan Naib Presiden semalam, Shafie Apdal memperolah 1,445 undi, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (1,592) dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (1,515).

Selain Shafie, empat lagi pemimpin Sabah yang berjaya ialah Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin sebagai Ketua Puteri serta tiga lagi bagi jawatan MT iaitu Datuk Musa Aman, Datuk Bung Mokhtar Radin dan Datuk Lajim Ukin.

Sementara itu Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh berharap kedudukan lima pemimpin Sabah dalam kerusi MT akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyuarakan masalah dab rintihan rakyat di negeri itu.

"Saya harap apabila duduk di kerusi yang lebih tinggi ini, dapat suarakan masalah rakyat yang kami Ahli Parlimen tidak boleh luahkan di Dewan Rakyat...masalah yang kami fikirkan baik dikemukakan dalam MT," katanya.

Selain itu jelasnya dengan ruang yang lebih luas diberikan kepada pemimpin dari Sabah menunjukkan Umno bukan parti dari semenanjung semata-mata.

"Bila mereka menang kami rasakan kami dari satu keluarga Umno yang besar," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan