Kabinet akhir Rabu depan, Najib dilantik PM Jumaat?

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sehari selepas berakhirnya pemilihan pusat Umno semalam yang menyaksikan penyertaan hampir 80 peratus muka baru, tumpuan kini beralih kepada soal tarikh peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri.

Perkara ini menjadi bahan perbualan ramai termasuk di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini - tempat berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno 2008.

Desas-desus bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan tampuk kerajaan pusat kepada timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak juga semakin jelas semalam.

Kelmarin dalam ucapannya, Abdullah yang juga Presiden Umno berkata, beliau akan memberikan sokongan padu kepada "Presiden Umno yang baru - (yang akan menjadi) Perdana Menteri yang baru."

Bagaimanapun dalam ucapan Dasar Presiden itu, Abdullah tidak menyebutkan dengan jelas tarikh khas peralihan kuasa antara beliau dengan Najib.

Jika tidak hari ini, Abdullah dijadual mengumumkan tarikh tersebut tengah hari esok.

Di sebalik perkembangan tersebut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad tengah hari tadi memaklumkan wartawan di PWTC bahawa "Rabu depan Kabinet akan mengadakan mesyuarat, mesyuarat terakhir."

Ketika ditanya sama ada itu merupakan mesyuarat terakhir Kabinet di bawah kepimpinan Abdullah dan sudah muktamad, Shahrir berkata, "saya difahamkan begitu."

Beliau dilihat akan memaklumkan Perdana Menteri baru tentang hasratnya untuk melepaskan jawatan beliau itu.

Shahrir memberitahu, beliau tidak akan menerima tawaran jika beliau dilantik semula sebagai anggota dalam Kabinet baru, yang bakal dibentuk oleh Najib selaku Perdana Menteri.

Abdullah dijangka melepaskan jawatan Khamis depan manakala Najib dipercayai menggantikan beliau dengan mengangkat sumpah keesokan hari.

Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima pada 31 Oktober 2003 menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pada sidang media berasingan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dipilih Timbalan Presiden Umno yang baru, ketika ditanya sama ada Najib semalam ada menyatakan bahawa beliau bakal dilantik Timbalan Perdana Menteri, beliau menjelaskan, "tidak... tidak ada apa-apa."

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengadakan pertemuan dengan Najib dan tiga Naib Presiden Umno yang baru.

Mengikut tradisi, Timbalan Presiden Umno biasa dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan