Ahli Umno kena sokong Najib dan Muhyiddin - Ali Rustam

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MASIH POPULAR..Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan ketika beliau menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno pagi tadi. Foto BERNAMA.
MASIH POPULAR..Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan ketika beliau menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno pagi tadi. Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR Bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyeru semua anggota Umno supaya memberi sokongan padu kepada seluruh barisan pimpinan baru parti terutama kepada Presiden dan Timbalan Presiden.

Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata sebagai presiden baru, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin memerlukan sokongan daripada anggota parti, termasuk dari akar umbi untuk mentadbir dan mengukuhkan semula parti dalam usaha menarik semula sokongan rakyat.

Beliau yang turut merakamkan ucapan tahniah kepada Najib yang mengambil alih pucuk pimpinan parti tanpa sebarang pertandingan, yakin dengan kemampuan bekas Timbalan Presiden Umno itu untuk mentadbir parti dan kerajaan dengan baik.

"Juga kepada Tan Sri Muhyiddin, saya ucapkan tahniah, saya yakin Tan Sri dapat menjalankan tugas dengan baik seperti yang diharapkan," kata beliau yang turut merakamkan ucapan tahniah kepada tiga naib presiden, ketua sayap parti, serta anggota Majlis Tertinggi (MT) yang baru dipilih.

Dalam berkongsi pengalamannya sebagai pemimpin Umno, Ali berkata ia tidak semudah yang difikirkan kerana jawatan yang dipikul membawa bersama pelbagai cabaran serta tanggungjawab yang bukan sedikit.

"Menjadi pemimpin Umno tak semudah yang kita fikirkan, ada ketika bahagia dan ada ketika rasa sangat terseksa. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

"Dalam air badan berpeluh. Tapi resam dunia, yang pergi tetap pergi, yang penting bagi saya, yang bermula sebagai akar umbi 40 tahun lalu (sehingga menjadi barisan) kepimpinan, saya terima setiap keputusan dengan berlapang dada," katanya.

Ali dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan kali ini kerana didapati bersalah melanggar tata etika parti oleh Lembaga Disiplin Umno berhubung politik wang.

Dalam ucapan terakhirnya sebagai Naib Presiden Umno, Ali turut mengambil kesempatan menyampaikan amanat kepada para penyokongnya supaya terus bersama Umno walaupun beliau tidak lagi berada dalam barisan pimpinan parti.

"Saya juga faham perasaan penyokong saya yang beri komitmen dari awal. Yang penting bukan Ali, tapi sokongan kepada Umno dan pimpinan Umno itu sendiri. Saya berjanji sebagai aktivis Umno, saya akan serahkan fikiran, jiwa dan raga pada kepada Umno dalam memartabatkan Umno demi agama, bangsa dan negara," katanya.

Bagi rakan-rakan yang senasib dengannya, Ali menyeru mereka untuk terus memberi tumpuan dan bersama-sama mengukuhkan parti.

"Biduk lalu kiambang bertaut. Jangan kecewa, bak kata pepatah yang menang tak menang semua, yang kalah tak kalah semua. Dunia belum kiamat, esok belum pasti," katanya.

Ali berkata Anggota Umno juga perlu bermuhasabah dan memikirkan cara terbaik untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) merampas semula lima negeri yang dikuasai pembangkang pada pilihan raya Umum 8 Mac lalu, di samping mendapatkan kembali majoriti dua pertiga kerusi Parlimen.

Kepada mantan Presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Ali mengucapkan syabas dan menyifatkan sikap negarawan Abdullah memberi laluan kepada Najib untuk menerajui parti dan negara.

Sebelum mengakhiri ucapannya Ali menyampaikan serangkap pantun: Hang Tuah pahlawan terbilang, Bunuh Jebat kerana raja, Umno tidak akan hilang, Selagi ahlinya tetap setia.

Ia kemudiannya disambut dengan tepukan gemuruh dan semua perwakilan berdiri tanda hormat. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan