Umno Kelantan: Beri peluang Khairy bukti kebolehan

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno Kelantan mempertahan keputusan perwakilan memilih Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada pemilihan kali ini.

Perwakilan Bachok, Mohd Zain Yasim berkata Khairy, Anggota Parlimen Rembau, dipilih mengetuai Pemuda Umno kerana mereka dapat melihat keupayaan yang ada pada Khairy.

Katanya walaupun ramai anggota parti termasuk di peringkat akar umbi memprotes kemenangan Khairy pada pemilihan pucuk pimpinan Pemuda Umno itu, beliau yakin tentangan dan bantahan itu akan berakhir apabila Khairy dapat membuktikan keupayaannya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

"Kami di kalangan perwakilan tahu untuk tentukan pimpinan terbaik untuk kita semua.

Apa yang kita lihat ialah kekuatan yang ada pada dirinya dan keluhuran pada hatinya, sudah tentu ia akan dapat kejayaan jua suatu hari nanti," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di sini hari ini.

Katanya imej Khairy tercalar kerana sesetengah pihak menganggap beliau mendapat jawatan dalam parti kerana statusnya sebagai menantu Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi).

Bagaimanapun, beliau yakin keadaan itu akan berubah kerana kemenangannya sebagai Ketua Pemuda pada masa ini tidak lagi "bertongkatkan" Abdullah yang melepaskan jawatan Presiden pada pemilihan kali ini.

Umno Kelantan juga, katanya, yakin barisan pimpinan baru akan mampu memulihkan imej parti yang tercalar pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

"Kita yakin takdir yang berlalu tak dapat diubah, ia akan tetap menjadi pengajaran dan pengalaman pada kita tapi kita lihat kepimpinan baru ini akan mampu membawa perubahan. Kelantan akan berdiri teguh di belakan Presiden baru ini sama seperti sebelumnya," katanya.

Beliau turut menyarankan pimpinan Umno memikirkan sedalam-dalamnya cadangan penyatuan parti Umno dan PAS yang dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang barubaru ini.

Ini kerana, katanya cadangan itu dilihat boleh memberi kesan kepada survival Melayu pada masa depan.

"Cadangan ini tidak boleh dipandang lekeh kerana ia penting untuk survival Melayu. Kita harap cadangan itu bukan hanya terhad kepada Umno dan PAS sahaja malah diperluaskan kepada Melayu di dalam Parti Keadilan Rakyat(PKR),"katanya.BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan