Pakatan Rakyat pertubuhan haram usah layan, kata Pemuda Umno

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sebuah pertubuhan haram, demikian kata seorang perwakilan Umno hari ini sambil menegaskan, tiada mana-mana pihak termasuk media wajar menggunakan nama tersebut.

"Tiada pendaftaran secara rasmi dan kalau tidak didaftar secara rasmi tetapi semua pihak, media promosikan pertubuhan haram ini.

"Pertubuhan Pakatan Rakyat ini adalah haram, mengapa dilayan" kata Ketua Pemuda Umno Langkawi, Nor Saidi Nayan ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden hari ini.

Nor Saidi juga mengesyorkan supaya mana-mana pihak yang menggunakan nama itu "diharamkan."

"Penggunaan nama ini tidak harus dibenarkan," katanya.

Parti-parti pembangkang membentuk gagasan longgar Pakatan Rakyat selepas mencapai kemenangan luar jangkaan dalam pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.

Sehingga kini ia belum didaftar kerana pendaftaran pakatan sedemikian memerlukan keanggotaan tujuh parti politik.

Ketua Umumnya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain isu itu, soal Anwar menjadi model teladan walaupun terkenal kerana kejelikan juga menjadi bahan perbahasan petang tadi.

"Anwar terus dijadikan model contoh oleh golongan muda-mudi negara ini walaupun terkenal dengan kejelikan," kata wakil pembahas dari Selangor, Ismail Kijo semasa membahaskan usul yang sama.

Malah nama Anwar turut disentuh oleh Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.

Sambil mengesyorkan supaya diwujudkan program Formula Satu Malaysia yang berteraskan enam perkara.

Enam perkara itu ialah mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara, mendukung Perlembagaan negara, mempertahankan agama Islam selain melindungi prinsip kebebasan beragama, mempertahan kedaulatan rakyat, menjamin kedudukan bahasa kebangsaan dan mewujudkan identiti.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan