Pak Lah: Najib, Muhyiddin gandingan serasi

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masing-masing memenangi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden semalam merupakan gandingan serasi untuk memimpin Umno dan teruskan kesinambungan.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamalluddin yang dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno kelmarin pula disifatkan "memang layak kerana bekerja keras semasa berkempen."

"Najib dan Muhyiddian adalah gandingan untuk Umno," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melepaskan jawatan Presiden Umno dan disusuli jawatan Perdana Menteri dijangka minggu depan.

Ini reaksi pertama beliau tentang barisan pemimpin yang dipilih perwakilan Umno kali ini.

Keseluruhannya Abdullah yang juga Perdana Menteri berkata, beliau gembira dengan barisan yang dipilih kali ini.

"Saya gembira dengan keseluruhan barisan dan telah diagih dengan seimbang, diwakili oleh semua negeri," kata beliau pada sidang media di hari kedua Perhimpunan Agung Umno 2008 petang ini.

Mengulas tentang kemenangan Khairy, Abdullah memberitahu, Ketua Pemuda Umno itu telah bekerja keras untuk mencapai kemenangan.

"Bila saya pergi untuk ziarahi cucu saya, bila tanya di mana Khairy, Nori (isteri Khairy) akan beritahu dia ada di sana, sini, negeri itu, negeri ini, dia kerja keras," kata beliau yang juga bapa mertuanya.

Berhubung soalan tentang kenyataan bekas Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno semalam kerana wujudnya unsur politik wang dalam pemilihan Pemuda Umno, Abdullah berkata, "jangan cetuskan keraguan" berhubung soal pemilihan.

"Tun Mahathir boleh mengatakan apa yang beliau mahu berkata...beliau biasa cakap macam itu.

"Pemilihan telah diadakan mengikut Perlembagaan Umno dan prosedur pemilihan.

"Jadi jangan timbulkan keraguan tentang proses pemilihan," katanya. Menjawab soalan mengenai kekalahan empat Menteri Besar dalam pemilihan kerusi Majlis Tertinggi (MT), Abdullah memberitahu bahawa para perwakilan Umno telah mengundi sedemikian.

Justeru kata Abdullah, beliau berharap muka-muka baru yang dipilih akan berusaha untuk menjalankan pembaharuan dalam Umno.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan