Muhyiddin: Tugas pertama saya pulihkan imej Umno

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAAT SETIA KEPADA PRESIDEN..Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji akan setia kepada Presiden Umno parti. Foto THE STAR Oleh KAMARUL ARIFFIN.
TAAT SETIA KEPADA PRESIDEN..Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji akan setia kepada Presiden Umno parti. Foto THE STAR Oleh KAMARUL ARIFFIN.

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tugas utama yang akan beliau lakukan susulan kemenangan semalam adalah memulihkan semula imej parti.

Beliau berkata, transformasi dalam Umno yang disuarakan oleh ahli akar umbi perlu dilakukan di peringkat dalaman parti.

"Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab yang cukup berat untuk kita merapatkan semula perpaduan dalam Umno.

"Imej Umno juga harus dipulihkan dengan segera bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Umno," katanya ketika ditemui selepas diumumkan memenangi jawatan tersebut malam tadi. Muhyiddin mendapat 1,575 undi.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Muhyiddin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib selepas Lembaga Disiplin Umno membatalkan penyertaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali didapati bersalah di bawah Artikel 10.1 Tataetika Ahli Umno melibatkan politik wang.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Indusri mahu semua pemimpin sama ada yang menang ataupun kalah supaya terus bekerjasama membantu bagi memastikan Umno terus kekal relevan.

"Saya akan panggil semua pemimpin tak kira yang menang atau kalah untuk sama-sama bantu pulihkan parti," katanya.

Ditanya sama ada beliau terkejut dengan keputusan ini, beliau berkata: "Saya percaya perwakilan bijak menentukan perubahan yang mereka mahukan."

Mengulas mengenai peluangnya untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri beliua berkata, perkara tersebut terpulang kepada Perdana Menteri.

"Saya harap... tapi ia terpulang kepada Perdana Menteri untuk lantik siapa," katanya.

Sementara itu, Muhd Taib ketika ditemui berkata beliau menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka.

"Dalam pertandingan kekalahan adalah perkara biasa, saya ucapkan tahniah kepada Muhyiddin," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, akan terus memberi sumbangan kepada parti.

"Saya sedia memberikan bantuan dalam apa cara sekalipun untuk memulihkan parti.

"Saya akan terus membantu dalam pilihan raya (umum) nanti," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan