Muhammad Taib terima kekalahan

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TERIMA KEKALAHAN... Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang tewas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno akur menerima kekalahannya.Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN
TERIMA KEKALAHAN... Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang tewas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno akur menerima kekalahannya.Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, yang tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerima kekalahannya dengan hati terbuka dan berjanji membantu mengukuhkan parti.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata apa yang penting adalah untuk merapatkan barisan parti bagi menghadapi cabaran semasa dan mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno.

"Dalam pertandingan ada menang dan kalah. Bagi saya tiada perasaan yang begitu mendalam, saya terima ini sebagai keputusan perwakilan. Umno kena jalan terus," katanya kepada pemberita selepas keputusan pemilihan parti diumumkan di Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.

Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mendapat 1,575 undi menewaskan Muhammad, yang juga Ketua Penerangan Umno. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan