Mahathir dakwa rasuah cemari pemilihan, jangan ragui kata Pak Lah

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sepatutnya hadir sesi pembukaan Perhimpunan Agung Umno 2008 semalam mengubah fikiran kerana ia disertai ahli dan perwakilan yang mendukung amalan rasuah.

Sambil menekankan pemilihan Pemuda diselubungi politik wang, beliau berkata, persekitaran seumpama itu juga telah menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada Umno.

"Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah," kata beliau dalam blognya hari ini.

Beliau turut mempersoalkan sebab proses pengiraan undi mengambil masa yang lama.

"Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri.

"Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai.

"Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa," katanya.

Bekas Presiden Umno ini menulis, ramai kenalannya fikir yang beliau tidak hadir sesi pembukaan Perhimpunan Agung Umno kerana anaknya, Datuk Mukhriz telah kalah pertandingan Ketua Pemuda.

"Memanglah saya terasa sedih kerananya.

"Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.

Katanya, mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda.

"Sama ada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

Kata beliau, hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.

Katanya, tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua.

"Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda Umno yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan Umno.

"Pemuda telah merosakkan imej Umno dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara.

"Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia," katanya.

Sementara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata: "jangan cetuskan keraguan" berhubung soal pemilihan.

"Tun Mahathir boleh mengatakan apa yang beliau mahu berkata...beliau biasa cakap macam itu.

"Pemilihan telah diadakan mengikut Perlembagaan Umno dan prosedur pemilihan.

"Jadi jangan timbulkan keraguan tentang proses pemilihan," katanya. Menjawab soalan mengenai kekalahan empat Menteri Besar dalam pemilihan kerusi Majlis Tertinggi (MT), Abdullah memberitahu bahawa para perwakilan Umno telah mengundi sedemikian.

Dalam pada itu Khairy ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco Pemuda berkata, tidak wujud sebarang kepincangan dalam proses pengiraan undi sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

"Laporan yang saya terima daripada ejen-ejen dan juga calon-calon lain yang bertanding, tidak wujud sebarang kepincangan.

"Mungkin jawatankuasa pemilihan boleh berikan penjelasan lanjut," kata beliau merujuk kepada pandangan Mahathir.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan