Kabinet akhir Rabu depan, Najib dilantik PM Jumaat?

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sehari selepas berakhirnya pemilihan pusat Umno semalam yang menyaksikan penyertaan hampir 80 peratus muka baru, tumpuan kini beralih kepada soal tarikh peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri.

Perkara ini menjadi bahan perbualan ramai termasuk di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini - tempat berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno 2008.

Desas-desus bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan tampuk kerajaan pusat kepada timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak juga semakin jelas hari ini.

Semalam dalam ucapannya, Abdullah yang juga Presiden Umno berkata, beliau akan memberikan sokongan padu kepada "Presiden Umno yang baru - (yang akan menjadi) Perdana Menteri yang baru."

Bagaimanapun dalam ucapan Dasar Presiden itu, Abdullah tidak menyebutkan dengan jelas tarikh khas peralihan kuasa antara beliau dengan Najib.

Jika tidak hari ini, Abdullah dijadual mengumumkan tarikh tersebut tengah hari esok.

Di sebalik perkembangan tersebut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad tengah hari tadi memaklumkan wartawan di PWTC bahawa "Rabu depan Kabinet akan mengadakan mesyuarat, mesyuarat terakhir."

Ketika ditanya sama ada itu merupakan mesyuarat terakhir Kabinet di bawah kepimpinan Abdullah dan sudah muktamad, Shahrir berkata, "saya difahamkan begitu."

Beliau dilihat akan memaklumkan Perdana Menteri baru tentang hasratnya untuk melepaskan jawatan beliau itu.

Shahrir memberitahu, beliau tidak akan menerima tawaran jika beliau dilantik semula sebagai anggota dalam Kabinet baru, yang bakal dibentuk oleh Najib selaku Perdana Menteri.

Abdullah dijangka melepaskan jawatan Khamis depan manakala Najib dipercayai menggantikan beliau dengan mengangkat sumpah keesokan hari.

Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima pada 31 Oktober 2003 menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pada sidang media berasingan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dipilih Timbalan Presiden Umno yang baru, ketika ditanya sama ada Najib semalam ada menyatakan bahawa beliau bakal dilantik Timbalan Perdana Menteri, beliau menjelaskan, "tidak... tidak ada apa-apa."

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengadakan pertemuan dengan Najib dan tiga Naib Presiden Umno yang baru.

Mengikut tradisi, Timbalan Presiden Umno biasa dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan