Sah Shahrizat menang Ketua Wanita Umno

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MENANG...Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (tengah) menjulang tangan Naib Ketua Datuk Kamilia Ibrahim dan Pengerusi Tetap Tan Sri Napsiah Omar selepas beliau diumumkan memenangi jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno.  Foto BERNAMA
MENANG...Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (tengah) menjulang tangan Naib Ketua Datuk Kamilia Ibrahim dan Pengerusi Tetap Tan Sri Napsiah Omar selepas beliau diumumkan memenangi jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sah memenangi jawatan Ketua Wanita Umno.

Beliau telah menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz. Keputusan rasmi menunjukkan beliau memperolehi 507 undi berbanding pencabarnya, Rafidah yang memperoleh 280 undi.

Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Tetap Wanita, Tan Sri Napsiah Omar pada pukul 9:05 malam tadi.

Ketika ditemui media Shahrizat berkata beliau tidak menyangka akan mendapat majoriti yang begitu tinggi kerana menjangkakan peluang untuk memenangi jawatna tersebut 50-50.

Beliau turut merakamkan penghargaannya kepada Rafidah kerana sumbangannya dalam Wanita Umno.

"Saya banyak belajar daripada beliau dan kemenangan saya adalah kemenangan Rafidah. Saya akan menghulurkan tangan untuk menyatakan masih ada tempat dan ruang untuk beliau bersama kami dalam Wanita Umno," katanya.

Sebelum keputusan diumumkan Shahrizat masuk ke dewan dengan penyokongnya ketia itu Rafidah tiada di dalam dewan kerana Rafidah menghadiri mesyuarat khas Majlis Tertinggi.

Shahrizat, anak kelahiran Pulau Pinang dan dikenali sebagai anggota setia parti, merupakan seorang majistret pada 1977 setelah memperoleh ijazah undang-undang Universiti Malaya pada tahun yang sama, dan kemudian membuka firma guamannya sendiri sebelum aktif di dalam politik.

Bermula dengan menjadi anggota pasukan undangundang Biro Ekonomi dan Hal Ehwal Wanita pada 1987, beliau dipilih mengetuai Wanita Umno Kepong Baru, dua tahun kemudian.

Kerjaya politiknya semakin menyerlah selepas beliau dipilih menjadi anggota Exco pergerakan Wanita Umno bagi penggal 1993-1996 selepas mendapat 369 undi dan mengekalkan kedudukan untuk penggal seterusnya.

Peluang besar beliau untuk menempa nama dalam arus perdana politik diterimanya apabila menjadi calon Barisan Nasional kawasan parlimen Lembah Pantai.

Disebabkan beliau dari Kepong, pemilihannya dikatakan "calon bidan terjun".

Bagaimanapun ternyata tanggapan itu salah kerana Shahrizat berjaya menumbangkan nama besar calon Semangat 46, bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamad Salleh Abas, dengan majoriti 13,261 undi.

Beliau kekal sebagai wakil rakyat Lembah Pantai selama tiga penggal.

Pada tahun yang sama, beliau dilantik sebagai setiausaha parlimen Kementerian Belia dan Sukan dan pada 1999 dinaikkan menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada 2001, Shahrizat menjadi menteri pertama Pembangunan Wanita dan Keluarga dan kementerian itu kemudian dinamakan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau melepaskan jawatan itu setelah gagal mempertahan kerusi Lembah Pantai pada pilihan raya umum 2008 kepada calon PKR Nurul Izzah Anwar, anak penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di dalam Umno, Shahrizat memenangi kerusi Majlis Tertinggi buat pertama kali pada pemilihan parti 1996 dengan memperoleh 915 undi tetapi gagal mempertahankannya pada pemilihan 2000 dan menang semula pada 2004.

Peluang besar beliau untuk menempa nama dalam arus perdana politik diterimanya apabila menjadi calon Barisan Nasional kawasan parlimen Lembah Pantai.

Disebabkan beliau dari Kepong, pemilihannya dikatakan "calon bidan terjun".

Bagaimanapun ternyata tanggapan itu salah kerana Shahrizat berjaya menumbangkan nama besar calon Semangat 46, bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamad Salleh Abas, dengan majoriti 13,261 undi.

Beliau kekal sebagai wakil rakyat Lembah Pantai selama tiga penggal.

Pada pemilihan Wanita Umno tahun 2000, beliau mengalahkan Ainon Khariyah Mohd Abas untuk jawatan naib ketua dan terus mengekalkannya tanpa bertanding untuk penggal seterusnya.

Meskipun kalah pada pilihan raya umum ke-12, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melantik Shahrizat sebagai penasihat khas Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Wanita Islam dan Pembangunan Sosial.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan