Puteri: Rosnah, Shahanim menang

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KETUA PUTERI YANG BARU.. Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shrilin memenangi jawatan nombor satu sayap Puteri Umno. Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI.
KETUA PUTERI YANG BARU.. Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shrilin memenangi jawatan nombor satu sayap Puteri Umno. Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI.

KUALA LUMPUR: Datuk Rosnah Abdul Rashid diberi mandat perwakilan Puteri Umno sebagai peneraju baru pergerakan itu pada pemilihan kali ini, yang menyaksikan jawatan itu dipertandingkan buat julung kalinya.

Dengan mendapat undi sebanyak 245 undi daripada 779 perwakilan, Rosnah yang melepaskan jawatan sebagai Naib Ketua, mengenepikan saingan lima calon lain

Mereka adalah Datin Ismalina Ismail (59 undi), Shahaniza Shamsuddin (239 undi), Ida Rahayu Md Noor (146 undi), Saarah Ali Bashah (3 undi)dan Bibi Sharliza Mohd Khalid (86 undi).

Keputusan itu diumumkan Pengerusi tetap pergerakan itu, Rohani Abu Hassan pada 10.45 malam tadi.

Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar, mengambil alih kedudukan ketua pergerakan itu daripada mantannya Datuk Noraini Ahmad, yang melepaskan jawatan itu atas faktor umur.

Noraini akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi Umno pada kali ini. Rosnah, 37, anak kelahiran Kota Belud, Sabah, merupakan antara perintis Puteri Umno yang ditubuhkan pada tahun 2002.

Bagi jawatan naib ketua pula, Shahanim Mohamad Yusoff dipilih mengisi jawatan itu selepas meraih 353 undi daripada perwakilan.

Beliau mengatasi tiga calon lain iaitu Nolee Ashilin Mohammed Radzi (255 undi), Nordiana Shafie (75 undi) dan Haslinda Mohd Zerain (94 undi).

Seorang calon, Dr Wan Norashikin Wan Noordin telah menarik diri hari ini. Bagi jawatan Pengerusi Tetap, Azlieza Azizan yang mendapat 445 undi telah mengalahkan Roslinda Abd Rahman yang mendapat 333 undi.

Timbalan Pengerusi Tetap pula disandang oleh Hasspalela Mohammed Hassan dengan 499 undi, mengenepikan dua calon lain iaitu Rosmarynda Mohamad Rasidi (18 undi) dan Zakiah Kalipunya (262 undi).

Pemilihan kali ini juga menampakkan wajah baru bagi barisan exco pergerakan itu yang menawarkan 20 kerusi dan ditandingi 50 calon.

Mas Ermieyati Samsudin mendapat mandat paling banyak dengan 604 undi, diikuti oleh Hasrunizah Hassan (514 undi), Azlinda Zubir@Zubin (510 undi), Zahida Zarik Khan (501 undi) dan Asmaiza Ahmad (498 undi). BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan