Pemerhati luar puji peralihan kuasa Umno secara aman

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ramai kalangan pemerhati asing hari ini menyuarakan pendapat yang hampir sama ketika memuji proses peralihan kuasa dalam Umno yang berlangsung secara aman.

Duta Besar Indonesia Tan Sri Prof Dr Da'i Bachtiar berkata peralihan kuasa secara aman yang berlangsung secara sukarela itu amat unik, dan menurutnya ia adalah perkembangan yang cukup baik.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di luar Perhimpunan Agung Umno 2008 di sini beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin tertinggi parti adalah contoh terbaik untuk diteladani anggota-anggota parti yang muda.

"Terutama jika dilihat bagaimana beliau (Abdullah) mendaki likuliku politik hingga sampai kepuncak tanpa mengharapkan apaapa balasan, sekadar berbekalkan hasrat murninya untuk berbakti," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa dan Keselamatan Kazakhstan Nurbakh Rustemov pula berkata beliau juga gembira melihat peralihan kuasa pentadbiran negara berlangsung secara aman, sama sekali berbeza daripada negara-negara lain, sebagaimana yang sering didengar sebelum ini.

"Peralihan kuasa di Malaysia bukan membabitkan dari satu parti ke parti yang lain, sebaliknya ia dikekalkan dalam ruang lingkup parti itu sendiri, namun ia tetap berlangsung secara demokratik," katanya di sini hari.

"Amat menarik untuk melihat bagaimana anggota parti benarbenar menghayati slogan parti 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat'; malah selepas bersara mereka kekal menjadi anggota parti yang setia," kata beliau yang juga merupakan anggota parlimen parti pemerintah Kazakhstan, NurOtan.

Rustemov seterusnya menyuarakan harapan agar hubungan dua hala, ekonomi dan perdagangan antara Kazakhstan dan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri nanti akan bertambah baik.

Sementara itu penasihat politik Presiden Palestin, Nimer Hammad pula ketika ditemui di sini berkata beliau melihat perhimpunan agung ini sebagai pengalaman demokratik yang cukup hebat, dan beliau percaya perpaduan serta peralihan kuasa yang aman dalam Umno akan membantu pembangunan negara di masa hadapan.

Setiausaha Pertama Cuba Batista Florentino pula ketika ditemui berkata peralihan kuasa yang lancar itu pastinya akan menjadi perkembangan yang cukup memberangsangkan kepada negara secara umumnya.

"Transformasi, yang menggabungkan kekuatan masa lepas dengan unsur-unsur baru bagi survival, berada di tangan anggota parti sendiri.

"Perubahan itu adalah penting dalam usaha mengekalkan kelangsungannya. Sudah tentu saya percaya Umno memiliki modal insan dan struktur yang boleh menjayakan perubahan itu," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan