Pak Lah: Umno bukan tong sampah serangan fitnah pembangkang

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMIMPIN BARU BAGI KETIGA-TIGA SAYAP UMNO...Dari kiri Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin,diikuti Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.Foto THE STAR Oleh AZHAR MAHFOF.
PEMIMPIN BARU BAGI KETIGA-TIGA SAYAP UMNO...Dari kiri Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin,diikuti Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.Foto THE STAR Oleh AZHAR MAHFOF.

KUALA LUMPUR: Umno bukan kotak sampah yang boleh dilemparkan dengan segala fitnah yang berpunca daripada perbuatan tidak betul dan salah laku orang lain, kata Presidennya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Sehubungan itu Abdullah menegaskan, pembangkang bertindak seolah-olah mempunyai "lesan besar" untuk melemparkan tuduhan dan fitnah tidak putus-putus terhadap Umno.

"Begitu mudah hidup menjadi anggota di dalam pakatan pembangkang; bagaikan mempunyai lesen besar, bebas melakukan apa juga perbuatan, bebas menggunakan lidah secara celupar kerana setiap yang buruk dilonggokkan kesalahannya di atas bahu Umno untuk memikul bebannya.

"Saya tidak mengatakan bahawa kesemua ahli Umno adalah sejernih air di kolam syurga.

"Saya juga tidak riak untuk mendakwa bahawa setiap ahli Umno adalah sebersih kain putih dan tidak mempunyai kelemahan," kata beliau ketika menyampaikan ucapan Dasar Presiden Umno pagi ini.

Jelas Abdullah, tidak munasabah bahawa ahli-ahli dan penyokong parti-parti politik yang menentang Umno dan Barisan Nasional (BN) terdiri daripada orang-orang yang bersih dari dosa dan bebas dari kesilapan, malah tidak mungkin kesemua mereka berjiwa wali bersifat malaikat.

Namun, kata beliau, Umno kini menghadapi ujian kredibiliti yang cukup berat.

"Mengapakah kita dipersalahkan sampai ke tahap seburuk ini? Mengapakah kita dinilai bagaikan tidak langsung mempunyai kebaikan lagi?" katanya.

PUNCA KEPERCAYAAN HAKIS

Kata beliau, Umno menghadapi keadaan terhakis kepercayaan disebabkan, antaranya oleh lima faktor dalaman.

- Pertama: setelah selesa kerana lama berada di tampuk kuasa, sebahagian pemimpin UMNO tidak seakrab dahulu dengan rakyat jelata yang selama hari ini menjadi akar kekuatan Umno.

- Kedua: tumpuan yang kurang seimbang kepada masyarakat luar bandar dalam keghairahan dan hasrat untuk mencapai status negara maju di peringkat global.

- Ketiga: program-program politik Umno yang kurang berkesan mendampingi generasi muda, selain dari apa yang dilaksanakan oleh pelbagai institusi kerajaan.

- Keempat: perbalahan berpanjangan sesama sendiri terutama ketika berebut jawatan di dalam parti telah meruntuhkan semangat kekeluargaan di kalangan ahli.

- Kelima: sifat mengutamakan kebendaan hingga menjadikan sebahagian ahli bersifat tamak – bersifat haloba, lalu memberikan persepsi negatif bahawa Umno adalah parti yang korup.

Faktor-faktor dalaman tersebut, kata beliau, telah memberikan modal besar kepada musuh-musuh Umno untuk memburukkan Umno.

BOLA TANGGUNG

"Ditambah pula dengan sikap dan gelagat watak-watak Melayu tertentu yang mengangkat bola tanggung hingga memberi ruang seluas-luasnya untuk orang-orang Melayu dan bumiputera boleh dilibas atau dicerca sewenang-wenangnya.

"Akhirnya susulan dari gerakan tersusun menyerang dan mencalarkan Umno secara berterusan, minda warga berjaya diracun, hingga sampai ke tahap warga pada hari ini, tanpa penilaian rasional dan objektif begitu mudah mempercayai dan menerima setiap fitnah yang dilemparkan kepadaUmno," katanya.

Jelas beliau, ahli-ahli Umno wajib mengambil iktibar dari loceng amaran yang berdering kuat,yang menuntut kita untuk bertanya ‘apa yang tersilap’ atau ‘kenapa dan bagaimana kita tersilap’.

"Jawapan spontan saya terhadap persoalan tersebut ialah ‘kita telah gagal mengurus kejayaan kita sendiri’. Bahawa kita terlalu mabuk dilambung ombak kejayaan.

"Bahawa kita menjadi leka diulit gurindam kejayaan. Bahawa kita merasakan diri kita sudah menjadi terlalu kuat. Bahawa kita lebih mementingkan kedudukan kita di dalam Umno dari memikirkan kedudukan Umno di kalangan warga dan di dalam negara," katanya.

Justeru, kata beliau, keadaan ini memerlukan ahli-ahli Umni bermuhasabah di sampiang meninjau kembali sumber kekuatan selama ini dan memeriksa kelemahan dan kesilapan kita semenjak akhir-akhir ini.

"Dalam hubungan ini eloklah kita mengimbas kembali sumber-sumber kekuatan Umno sejak Umno ditubuhkan pada 1946," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan