Kertas undi besar jika 13 calon bertanding di Bukit Selambau

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Satu sejarah akan tercipta pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau pada 7 April ini jika ia ditandingi 13 orang calon.

Dan jika ini berlaku, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mencetak kertas undi yang lebih besar daripada biasa untuk memuatkan lambang semua calon.

Pengarah SPR Kedah Zainal Abidin Zakaria berkata kemungkinan perkara itu berlaku adalah besar kerana pada masa ini, selain calon daripada Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat, terdapat 11 orang yang dijangka bertanding sebagai calon Bebas.

Katanya setakat ini, 10 daripada 11 orang itu telah membuat bayaran deposit sebanyak RM8,000 seorang, iaitu RM5,000 untuk bertanding dan RM3,000 sebagai deposit poster.

Zainal Abidin berkata dalam sejarah pilihan raya negara, calon paling banyak yang pernah bertanding bagi sesebuah kawasan baik bagi kerusi Parlimen atau negeri belum pernah melebihi lapan orang.

Beliau berkata disebabkan bilangan pengundi yang banyak, kertas undi bagi pilihan raya kecil ini mungkin sebesar kertas saiz A4 bagi membolehkan orang ramai melihat dengan jelas lambanglambang calon.

Kertas undi biasa ialah bersaiz poket dan ia dilipat dua untuk dimasukkan ke dalam peti undi.

Satu lagi kemungkinan yang akan berlaku di Bukit Selambau, menurut Zainal Abidin, ialah jumlah calon yang paling banyak hilang deposit.

Seseorang calon yang mendapat kurang daripada satu per lapan undi sah yang diterima akan kehilangan depositnya. "Jika 13 orang bertanding, tidak mungkin kesemuanya akan mendapat lebih daripada satu per lapan undi," kata Zainal Abidin.

Beliau berkata mereka yang telah membayar deposit setakat ini adalah Husaini Yaakob, Abdul Rahim Abu, Zahran Abdullah, T. Chandraraajan, Tan Hock Huat, R. Loganathan, Mohamad Fazil Abdul Wahab, Mejar (B) Anwar Abdul Hamid, L.Saralla dan A.Jayagopal.

Zainal Abidin berkata SPR telah menyediakan 20 lambang untuk dipilih oleh calon bebas pada hari penamaan calon Ahad ini.

Selain caloncalon bebas itu, calon BN Datuk S.Ganesan juga telah membuat pembayaran deposit manakala calon PKR belum berbuat demikian.

"Calon memangnya digalakkan membayar deposit sebelum hari penamaan kerana pada hari berkenaan mereka cuma diberikan masa sejam sahaja mulai 9 pagi untuk proses pengesahan borang pencalonan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan