Puteri mahu kerjaaan tegas terhadap penderhaka Raja

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri Umno menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menderhaka Raja dan institusi Raja berpelembagaan.

Wakil Wanita Umno Perak, Asmah Ramli berkata, seluruh rakyat bukan hanya kaum Melayu, wajib menghormati keputusan Sultan sebagai lambang institusi beraja di negara ini.

"Rakyat wajib menghormati keputusan Sultan. Seluruh rakyat bukan hanya orang Melayu wajib tahu asal usul mereka terutamanya rakyat negeri Perak," katanya ketika membahaskan usul Wanita di Perhimpunan Agung Wanita hari ini.

Beliau merujuk perkembangan tindakan pihak pembangkang di Perak yang dikatakan menderhaka kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah selapas memutuskan tidak mengiktiraf titah Sultan berhubung kerajaan baru negeri Perak yang diterajui Barisan Nasional (BN).

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap kaum Melayu di Perak yang dikatakan terlalu mengikut telunjuk orang lain sehingga menjatuhkan imej negeri.

"Ini dilakukan dengan perbuatan yang kurang ajar, berbaring di atas jalan, kanak-kanak diajar perkataan kurang ajar dan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri di bawah pokok," katanya.

Selain itu, beliau turut kecewa tentang persepsi umum terhadap Umno yang dianggap parti yang mengutamakan kroni, kekayaan dan tidak ikhlas kerana mementingkan kepentingan individu.

"Baru masuk Umno dah nak jadi pemimpin tapi kemesraan kepada rakyat tiada.

"Pemimpin muda perlu mendapat asuhan, bukan terus melonjak kerana ia amat bahaya jika mendarat tidak kena tempat. Ikutlah proses naik tangga," katanya.

Pandangan yang hampir sama turut disentuh oleh Haslina Halim dari Bahagian Arau yang mengatakan bahawa kedaulatan Raja-raja Melayu sudah dipersoalkan dan kontrak sosial tidak lagi dihormati.

Beliau menyatakan demikian sambil meminta agar Umno melakukan perubahan menyeluruh.

"Kalau kita senditi tak mahu berubah, pemimpin kita tak mahu berubah, tak pernah berubah bagaimana kita hendak transformasi Umno.

"Saya takut angin perubahan yang kita tiup inilah sebenarnya yang meletakkan Umno dalam keadaan yang lemas dan hampir karam ini - akar umbi hilang kepercayaan kepada Umno, politik negara makin rapuh dan orang Melayu semakin layu sehingga hak kitapun boleh dipertikaikan, kedaulatan Raja-raja Melayu sudah dipersoalkan, kontrak sosial sudah tidak lagi dihormati.

"Perubahan macam ini kah yang kita nak? Kalau pemimpin-pemimpin Umno yang berjuang untuk kewujudan Umno dulu masih ada sehingga hari ini, mereka tentu akan kecewa dengan apa yang berlaku kepada Umno dan orang Melayu pada hari ini," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan