Pemuda Umno ikrar tentang habis-habisan petualang bangsa

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno hari ini mengambil ketetapan menentang habis-habisan permainan politik kotor dan keji oleh 'petualang bangsa' dan berikrar mempertahankan kedaulatan negara.

Ketuanya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pergerakan itu akan mempertahankan keluhuran undang-undang, hak dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera, kesucian agama Islam dan institusi raja-raja Melayu.

"Kita tidak akan membiarkan sama sekali tiangtiang seri di dalam negara ini dicabut dari bumi negara tercinta ini," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda Umno 2008 di sini hari ini.

Beliau yang tidak menyebut nama siapa yang dilabelkan sebagai petualang itu, berkata orang berkenaan sanggup berbuat apa sahaja termasuk menyemai benih kebencian, bersekongkol dengan musuh dan menidakkan hak bangsa sendiri, kerana gilakan kuasa.

"Selain itu beliau juga sanggup menghina tanah airnya sendiri di pelbagai forum di serata dunia, bersedia mempersenda institusi raja dan sesiapa juga untuk memenuhi nafsu rakusnya," katanya.

Hishammuddin yang tidak mempertahankan jawatannya sebagai ketua pergerakan itu kali ini kerana bertanding jawatan naib presiden Umno, berkata petualang bangsa itu bertindak sebagai manusia pelbagai topeng yang mengamalkan budaya hipokrasi.

Beliau turut mengingatkan pihak pembangkang supaya tidak menyalahguna kebebasan bersuara, lebih-lebih lagi untuk menyalakan api perkauman kerana ia boleh memusnahkan negara.

"Kepada mereka yang tidak bertanggungjawab itu, janganlah mengambil kesempatan menonjol keberanian, bermulut celupar berselindung di sebalik kekebalan Dewan Rakyat yang mulia untuk melontarkan tuduhan liar tidak berasas," katanya.

Beliau berkata pembangkang kini dilihat sedang menyusun usaha secara terancang untuk meruntuhkan tiang-tiang seri negara yang berperanan sebagai pendukung utama kedaulatan sebuah negara bangsa yang merdeka lagi berdaulat.

"Mereka begitu angkuh, sombong dan bongkak mempersoalkan kontrak sosial dan mempertikai hak kedudukan orang Melayu dan kaum bumiputera. Kontrak sosial sengaja disalah tafsir dan dijadikan tajuk untuk menyemarakkan api perkauman," katanya.

Hishammuddin juga menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengkhianati orang Melayu sepanjang 11 tahun menerajui pergerakan itu.

"Saya sedar banyak SMS dan surat layang disebarkan menyerang peribadi saya...saya menyerahkan kepada penilaian Ilahi yang Maha Mengetahui. "Bahawa, di dalam diri cucunda Datuk Onn (Jaafar pengasas Umno) ini, mengalir darah perjuangan Melayu yang sejati berpaksikan kepada keluhuran nilai dan idealisme murni. Saya sama sekali tidak akan menderhakai wadah perjuangan yang diwarisi daripada nenda dan ayahanda saya. Saya sama sekali tidak akan mengkhianati perjuangan Melayu," katanya.

Beliau juga meminta barisan kepimpinan Pemuda yang baru supaya terus berusaha menarik minat golongan muda untuk menyertai Umno dan menyemarakkan semangat berkhidmat untuk parti.

Hishammuddin mahu pergerakan itu terus mendampingi rakyat dan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa nasib mereka adalah sentiasa dibela.

Sehubungan itu faktor keikhlasan, kejujuran dan integriti amat penting dijadikan asas penilaian dalam memilih barisan kepimpinan Pemuda yang akan diamanahkan untuk menentukan masa depan dan hala tuju pergerakan itu, tambahnya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan