PDRM tambah dua Timbalan Ketua Polis, enam jabatan baru

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan distruktur semula di peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, ibu pejabat polis kontinjen dan ibu pejabat polis daerah dan balaibalai polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata penstrukturan semula itu turut membabitkan penambahan dua lagi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara dan penubuhan enam jabatan baru kepada tujuh jabatan yang sedia ada.

Beliau berkata penstrukturan itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkasakan PDRM dan ia akan dilaksanakan sebaik sahaja mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Saya telah berbincang dengan Ketua Pengarah JPA dan Ketua Setiausaha Negara dan kertas kerja mengenainya telah dihantar kepada mereka. Jika tiada kekangan kita akan dapat laksanakannya dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) hari ini.

Beliau berkata penambahan dua jawatan Timbalan Ketua Polis Negara yang masih ditahap penelitian, penting untuk memastikan PDRM dapat merancang dan memfokuskan kepada usaha membanteras jenayah dengan lebih teratur. Seorang Timbalan Ketua Polis Negara akan bertanggungjawab terhadap operasi, seorang lagi pengurusan dan yang ketiga risikan, katanya.

Musa berkata tranformasi yang dicadangkan di semua struktur dan peringkat itu adalah wajar untuk menambahbaik keseluruhan pasukan polis.

Selain itu, tambah Musa, PDRM merancang untuk membina sebuah pusat latihan polis di setiap negeri.

"Dengan adanya pusatpusat latihan ini anggota kita boleh menjalani latihan intensif secara berterusan," kata Musa.

Katanya PDRM juga telah memohon kepada kerajaan untuk melengkapkan lagi kenderaan PDRM dengan sistem komputer bagi membantu operasi cegah jenayah. "Dengan adanya kemudahan ini anggota kita akan dapat bertindak dengan lebih cepat dalam mengesan sebarang kegiatan jenayah," tambahnya.

Katanya hari ini PDRM telah memperoleh 25 buah Kereta Peronda Polis (MPV) jenis Mitsubishi Evolution X (Evo10).

Selain itu sebanyak 426 buah motosikal Honda ST 1300 akan digunakan bagi mengiringi Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri dan tetamu-tetamu kenamaan negara selain untuk digunakan sebagai penugasan kawalan trafik.BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan