Mukhriz akur dengan keputusan Pemuda

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Mukhriz Tun Mahathir, yang kecundang dalam pertandingan merebut jawatan ketua Pemuda Umno hari ini berkata, beliau menerima kekalahan itu dengan hati yang terbuka.

"Dalam manamana pertandingan sudah tentu ada yang kalah terutama sekali bila pertandingan tiga penjuru, dua tetap akan kalah.

"Pada hari ini saya seorang daripada yang kalah. Ini bukan kali pertama saya kalah... di Kubang Pasu (Kedah) pada 2004 saya pernah kalah dalam pertandingan (ketua Pemuda bahagian)," katanya kepada pemberita sejurus selepas keputusan pemilihan Pemuda Umno diumumkan di sini malam ini.

Khairy Jamaluddin memenangi pertandingan tiga penjuru itu dengan meraih 304 undi mengalahkan Mukhriz yang memperolehi 232 undi, dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang memperolehi 254 undi.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Khairy, Mukhriz berkata beliau mengambil iktibar daripada pengalaman bertanding jawatan ketua Pemuda Umno.

"Saya harap pergerakan (Pemuda Umno) akan kukuh memperjuangkan institusi Umno dan tidak lari dari landasan utama menegakkan syiar Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan memajukan negara," katanya.

Mukhriz berkata beliau akan meneruskan perjuangannya dalam parti memandangkan menurutnya beliau: "masih anggota yang setia kepada parti".

"Saya masih merasakan yang saya mungkin ada beberapa sumbangan kecil untuk parti dan saya akan cuba memberikan yang terbaik," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan