Khairy Ketua Pemuda Umno yang baru - Berita Semasa | mStar

Khairy Ketua Pemuda Umno yang baru

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KETUA PEMUDA UMNO YANG BARU...Khairy Jamaluddin dijulang oleh Exco Pemuda selepas diumumkan sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru. Foto THE STAR Oleh KAMARUL ARIFFIN
KETUA PEMUDA UMNO YANG BARU...Khairy Jamaluddin dijulang oleh Exco Pemuda selepas diumumkan sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru. Foto THE STAR Oleh KAMARUL ARIFFIN

KUALA LUMPUR: Dianggap sebagai keputusan yang mencemaskan, ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru.

Beliau yang memperolehi 304 undi menewaskan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.

Khir Toyo menerima, 254 undi, manakala Mukhriz pula 232 undi.

Jawatan Naib Ketua, dimenangi oleh ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim yang juga Ketua Pemuda Johor. Beliau memperoleh 417 undi menewaskan Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Sementara itu, sebaik selesai pengumuman dibuat di aras 1, bangunan PWTC suasana riuh mula kedengaran dan ia dipercayai ditimbulkan oleh penyokong Muhkriz.

Mereka berjalan sambil melaungkan "KJ rasuah, KJ rasuah, penipu".

Dalam ucapan penggulungan perhimpunan Agung Pemuda, Khairy berazam mewujudkan barisan Pemuda yang berani menuntut perubahan dan semangat setiakawan.

Beliau menekankan aspek itu dengan mengambilkira slogan kempen ketiga-tiga calon berkenaan.

Keputusan itu sekaligus Khairy meneruskan tradisi seorang Naib Ketua mengambil alih jawatan Ketua Pemuda Umno.

Mukhriz dipercayai menang, kira semula undi

Keputusan tidak rasmi menunjukkan, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menang jawatan Ketua Pemuda Umno.

Bagaimanapun, proses pengiraan semula undi sedang dijalankan.

Sejak petang tadi, pelbagai spekulasi kedengaran meramalkan kemenangan dua lagi calon jawatan nombor satu pergerakan itu.

Ada yang mengatakan Khir Toyo yang juga bekas Menteri Besar Selangor dan Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda turut berpeluang memenangi persaingan tiga penjuru tersebut.

Sementara itu, penyokong ketiga-tiga calon dilihat cuba meraih undi daripada perwakilan dengan pelbagai cara disaat-saat akhir.

Sementara itu, ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim dipercayai menang jawatan Naib Ketua Pemuda.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan