Guan Eng nafi Jeff Ooi letak jawatan

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata Ketua Staf Ketua Menteri, Jeff Ooi, tidak meletak jawatan dan masih membantu pentadbiran kerajaan negeri.

"Beliau masih berperanan penting dalam membantu saya khususnya dalam mencari formula dan melaksanakan polisi bagi mencapai kejayaan membangunkan negeri ini," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai desas desus peletakan Ooi, yang juga Anggota Parlimen Jelutong.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa Ooi dijangka menghantar surat peletakan jawatan dalam tempoh terdekat.

"Ini hanya spekulasi sahaja, Jeff masih bersamasama dengan kerajaan negeri membantu saya bagi mencapai visi pembangunan negeri. Bagaimanapun beliau memang sedikit sibuk dengan pelbagai jawatan yang dipegang ketika ini," kata Lim.

Beliau berkata bahawa selain Ooi, turut menjadi mangsa spekulasi meletak jawatan ialah Anggota Parlimen Bukit Bendera Lew Chin Tong.

"Kedua-duanya masih berperanan penting dalam pentadbiran kerajaan," katanya.BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan