Dewan Rakyat ditangguh selepas 22 hari bersidang - Berita Semasa | mStar

Dewan Rakyat ditangguh selepas 22 hari bersidang

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat bagi Penggal Kedua, Parlimen Ke12 yang bersidang sejak 16 Feb lepas ditangguhkan hari ini ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

Persidangan itu yang awalnya dijadualkan berakhir pada 19 Mac, bersidang selama 22 hari selepas dilanjutkan selama tiga hari bermula 23 Mac bagi membolehkan Rang Undangundang dan urusan kerajaan yang lain diselesaikan.

Sepanjang persidangan berlangsung, Dewan Rakyat telah meluluskan sembilan rang undangundang termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 atau Bajet Mini.

Tujuh rang undang-undang lain ialah Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi 2008, Rang Undang-Undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2009, Rang UndangUndang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2008 dan Rang Undang-Undang Fi (Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan) (Pengesahan) 2009.

Turut diluluskan ialah Rang Undang-Undang Pelantar Benua (Pindaan) 2009 dan Rang UndangUndang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 20008. Selain itu Rang Undang-Undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Pindaan) 2009 turut diluluskan hari ini setelah melalui dua kali proses undi belah bahagi, iaitu di peringkat dasar dan di peringkat jawatankuasa.

Persidangan kali ini juga meluluskan usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Yang diPertuan Agong semasa merasmikan pembukaan persidangan Parlimen pada 16 Feb lepas.

Sementara itu Rang Undang-Undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008 yang dijadual untuk dibentangkan bagi bacaan kali kedua dan ketiga pada persidangan kali ini ditangguhkan sehingga mesyuarat akan datang.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam ucapan penutupannya merakamkan terima kasih kepada semua pihak terutamanya anggota Parlimen yang telah memberikan kerjasama bagi membolehkan perjalanan majlis mesyuarat disempurnakan.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan