Azalina: Dakwaan tidak jejas peluang menang

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Azalina Othman Said berkata dakwaan politik wang yang dilemparkan terhadapnya tidak akan menjejaskan peluangnya untuk mempertahankan keanggotaannya dalam badan pembuat keputusan parti.

Azalina yang juga Menteri Pelancongan berkata seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan anggota perwakilan pasti akan membuat keputusan memilih pemimpin yang mampu membawa perubahan kepada parti.

"Hari ini kami mahukan perubahan dan esok (kita akan lihat) sama ada anggota mahu berubah. Saya rasa soalan penting ketika ini ialah sama ada mereka respons kepada ucapan (Timbalan Presiden) Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak atau Perdana Menteri esok," katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas peluang beliau dalam pemilihan parti esok.

Pada 11 Mac, tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghabiskan masa dua jam di pejabat Kementerian Pelancongan dan mengambil dua dokumen sebagai sebahagian penyiasatan berhubung dakwaan politik wang.

Pegawai berkenaan turut menyoal siasat dua pegawai kanan di pejabat Azalina di Menara Dato Onn di sini. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan