PKR tentukan pengganti Fairus selepas pilihan raya kecil

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya akan memutuskan calon pengganti Mohammad Fairus Khairuddin bagi jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Exco kerajaan negeri selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau berakhir.

Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, setakat ini, pihaknya tidak lagi membincangkan berhubung calon yang bakal mengganti Mohammad Fairus.

"Buat masa ini, YB Fairus masih menjawat dua jawatan itu kerana peletakan jawatannya hanya akan berkuatkuasa pada 8 April. Justeru, tidak timbul soal pengganti beliau buat masa ini.

"Dalam tempoh itu, tugas memangku jawatan Timbalan Ketua Menteri akan diambil alih oleh Ketua Menteri (Lim Guan Eng) dan jika timbul isu-isu di bawah bidang tugas Exco Mohammad Fairus, terpulang kepada Ketua Menteri untuk mengagihkan tugas itu kepada Exco-exco lain," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Mohammad Fairus menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan Exco kepada Lim Sabtu lalu yang akan berkuatkuasa 8 April ini.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.

Sebab peletakan jawatan beliau masih menimbulkan tanda tanya walaupun Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Mohammad Fairus berhasrat untuk menyambung pelajarannya ke peringkat pasca siswazah.

Ditanya desas-desus bahawa ADUN Batu Maung yang juga seorang Exco, Abdul Malik Bin Abul Kassim bakal menggantikan jawatan Exco Mohammad Fairus, Zahrain menafikan perkara itu.

"Setakat ini, tiada lagi. Kita tidak mahu tekanan kerana mahu menumpukan kepada pilihan raya kecil sahaja.

"Selepas itu, sudah pasti kita akan putuskan (calon) kerana itu memang kerusi kita," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan