Najib: Cara pemilihan Umno diubah, sistem kuota dikaji

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Umno perlu bertindak sebagai wahana politik perdana orang Melayu dan kekal relevan dengan mengubah cara ia memilih pemimpin termasuk meneliti semula sistem kuota, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Selain itu, kata beliau, Umno perlu memberikan hak memilih ke tangan kumpulan yang lebih besar berbanding sekarang.

"Sekarang ini, sebagai contoh pemilih bagi perhimpunan Agung Umno hanya di kalangan hampir 2,600 orang yang terdiri daripada perwakilan dari 191 bahagian.

"Sudah tentu keputusan yang dibuat oleh perwakilan sejumlah itu tidak mencerminkan sepenuhnya hasrat lebih tiga juta ahli Umno di peringkat akar umbi di seluruh negara.

"Pada hemat saya, telah tiba masanya untuk kita mengkaji semula perlembagaan Umno dari aspek ini agar proses pemilihan kepimpinan Umno dapat disertai oleh lebih ramai ahli dari semua peringkat," kata beliau berucap merasmikan serentak Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri malam ini.

Pandangan agar sistem kuota dihapuskan telah dikemukakan sejak berakhirnya pilihan raya umum ke-12 tahun lalu. Ia diperkenalkan selepas pemilihan sengit dalam sejarah Umno pada 1986.

Bagaimanapun Najib tidak menyentuh sama ada sistem kuota akan dihapuskan sepenuhnya ataupun sebaliknya.

Ucapan beliau tahun ini bertemakan Menakhoda Zaman, yang dari awal hingga akhir menyentuh tentang keperluan Umno dan pemimpin melakukan perubahan, muhasabah dan pembaharuan bagi menghadapi landskap politik yang sudah berubah dan terus kekal sebagai parti politik utama orang Melayu.

Menurut beliau, usaha mengubah cara pemilihan merupakan jalan yang akan dapat membendung masalah politik wang dan salah guna kuasa.

"Inilah juga jalan, jika kita ingin parti ini terus kekal kuat dengan sewajarnya mengembalikan semula mandat pemilih kepada akar umbi.

"Apabila rakyat sudah berpaut dengan kita, barulah Umno akan kembali menjadi perkasa. Ini boleh dilakukan jika setiap pemimpin dan ahli Umno menjiwai kelazatan berkhidmat kepada masyarakat," katanya.

Soal politik wang atau rasuah politik menjadi aspek penting perbahasan dalam dan luar Umno sejak enam bulan yang lalu.

Amalan ini telah membawa kepada hampir 900 aduan diterima oleh Lembaga Disiplin Umno dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Najib menjelaskan, "setiap masalah rakyat yang berjaya kita bantu, setiap kekusutan mereka yang berjaya kita leraikan dan setiap kebuntuan ramai yang dapat kita atasi akan menjadi suntikan semangat untuk terus berkorban demi sebuah perjuangan."

Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri memberitahu, situasi hari ini menuntut Umno sebagai wahana perdana politik orang Melayu agar memperbetulkan kembali visi dan hala tujunya, sekali gus mengenal pasti langkah-langkah bugar untuk mentransformasi Umno supaya kembali menjadi parti pilihan orang Melayu.

UCAPAN PENUH PERASMIAN NAJIB INTIPATI UCAPAN PERASMIAN NAJIB Jangan putar belitkan sejarah Umno pinda Perlembagaan, kata Najib

INTIPATI UCAPAN PERASMIAN NAJIB

Jangan putar belitkan sejarah Umno pinda Perlembagaan, kata Najib

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan