Lim: Pentadbiran kerajaan P.Pinang masih stabil

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan bahawa pentadbiran kerajaan negeri masih stabil walaupun tanpa Timbalan Ketua Menteri 1 Mohamad Fairus Khairuddin yang meletak jawatan berkuat kuasa 8 April ini.

Katanya pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (PR) pimpinannya juga masih berjalan seperti biasa dan portfolio Timbalan Ketua Menteri 1 itu akan diletak di bawah Jabatan Ketua Menteri untuk sementara waktu.

Beliau kepada pemberita selepas merasmikan seminar "Meeting of Minds: Progressive Business Strategies Forum" di sini hari ini.

Lim berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa peletakan jawatan Mohamad Fairus memberi isyarat bahawa kerajaan PR tidak bijak dan tidak mampu untuk mentadbir sebuah negeri.

Mohamad Fairus pada 21 Mac lepas telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tetapi masih mengekalkan kedudukan sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.

Ditanya mengenai calon sesuai bagi menggantikan Mohamad Fairus, Lim berkata perkara itu akan diputuskan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Cadangan akan dibuat oleh beliau dan saya akan mempertimbangkannya," katanya.

Lim juga enggan mengulas lanjut mengenai desas desus yang mengatakan bahawa Pengerusi Jawatan Kuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abdul Kassin sebagai pengganti mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan