KDN ada sebab munasabah gantung permit akhbar pembangkang - PM

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai sebab-sebab yang munasabah untuk menggantung permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah yang juga Presiden Umno berkata, segala tindakan yang diambil oleh kerajaan adalah berlandaskan kepada sebab-sebab tertentu yang berasas.

"Mesti ada sebabsebab yang kukuh bagi tindakan itu (gantung permit)," katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan amanat kepada 2,500 perwakilan Umno menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2008 yang akan bermula pada malam ini dengan perasmian serentak persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri oleh Timbalan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semalam, KDN menggantung permit penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan, masingmasing milik PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama tiga bulan berkuatkuasa serta merta.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar yang mengesahkan perkara itu dilaporkan berkata, tindakan berkenaan tidak dapat dielak kerana keduadua akhbar itu didapati memutar belit fakta, mengelirukan maklumat dan percubaan menyuntik perasaan benci orang ramai terhadap kerajaan dan pemimpin.

Perdana Menteri bagaimanapun tidak memberikan sebarang jawapan ketika ditanya mengenai larangan yang dikenakan terhadap laman web berita seperti MalaysiaKini dan MalaysianInsider daripada membuat liputan pada Perhimpunan Agung Umno kali ini.

Menurut Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang turut berada pada sidang media itu, sebab disebalik larangan terbabit adalah kerana laporan-laporan tidak bertanggungjawab oleh kedua-dua laman web berita itu.

"Ia disebabkan oleh laporan mereka yang tidak bertanggungjawab. Jikalau mereka bertanggungjawab di dalam laporan mereka, kita tidak akan mengambil tindakan itu," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Najib dan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan