2 ahli Umno gesa ROS selesaikan sistem kuota

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Dua ahli yang sebelum ini menyatakan akan memfail perintah injunksi menghalang Perhimpunan Agung Umno kali ini, hari ini menemui Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi menggesa parti menghapuskan sistem kuota yang didakwa menjadi punca amalan politik wang.

Sehubungan itu, salah seorang ahli berkenaan, Datuk Mazlan Harun berkata, sistem kuota bertentangan dengan Perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966.

Kata beliau, buat masa sekarang mereka menyerahkan kepada ROS untuk bertindak terlebih dahulu dalam tempoh 30 hari.

"Jika tiada tindakan diambil, baru kami akan injunksi mahkamah," katanya.

Semalam, Ketua Cawangan Umno Muar, Datuk Kadar Ninam Shah berkata, beliau akan mendapatkan injuksi mahkamah untuk menangguhkan Perhimpunan Agung Umno kali ini jika siasatan aduan politik wang dan salah laku ahli gagal diselesaikan sebelum pertemuan tahunan itu.

Berdasarkan maklumat beliau, injunksi itu akan diperoleh petang ini dengan memaklumkan kepada ROS hari ini.

Kadar berkata, beliau dan Mazlan iaitu ahli Umno Subang telah pun menghantar notis kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Isnin lalu supaya mengambil tindakan berhubung salah laku dalam parti dan meminta ia dijawab dalam masa tujuh hari.

"Dalam notis itu, kita bukan sahaja meminta Umno mengambil tindakan berhubung laporan politik wang tetapi juga mengenai laporan bahawa ada perwakilan yang muflis yang sudah tentunya tidak layak menjadi perwakilan dan mengundi.

"Jika notis ini tidak dijawab pada Isnin ini, pihak saya akan memfailkan satu notis pula kepada Pendaftar Pertubuhan dan seterusnya akan mendapatkan injuksi mahkamah untuk menangguhkan persidangan," katanya ketika dihubungi mStar Online.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan